Undi Cina bukan milik kekal DAP
PUTRAJAYA - PRU14 dijangka menyaksikan undi kaum Cina yang sebelum ini milik DAP akan kembali beralih kepada BN.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr
Raduan Che Rose berkata, ini berdasarkan peningkatan undi Cina terhadap
BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 dan Pilihan Raya Kecil
(PRK) Kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.
“Dalam PRU13, kita dapat lihat undi Cina kepada BN telah lari peratus
sehingga 90 peratus. Namun, dalam PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan
Sungai Besar, undi Cina kembali meningkat antara 25 hingga 30 peratus.
“Walaupun jumlah ini tidak besar namun masih mampu beri keyakinan baru
kepada BN. Ia juga bermakna undi Cina bukan hak milik kekal DAP,”
katanya dalam perbincangan meja bulat bertajuk ‘Transformasi Pengundi
Malaysia Menjelang PRU14’ anjuran MPN, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, masyarakat Cina juga seperti rakyat biasa lain yang inginkan perhatian kerajaan.
“Dalam konteks ini, MCA dan Gerakan perlu mainkan peranan mereka untuk mengambil hati pengundi Cina,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, dua PRK lalu masih dianggap ‘bahaya’ untuk menjadi cermin kepada kejayaan BN dalam PRU14.
“Mungkin BN ada kelebihan dari segi perpaduan parti berbanding
pembangkang yang kini berpecah belah, tetapi BN tidak boleh leka. Namun,
dengan perkembangan semasa ini, nampaknya ada ‘cahaya’ baru untuk beri
momentum kepada kejayaan BN.
“Dengan syarat BN mesti memainkan politik yang ambil kira keperluan
rakyat. Jika politik menjuarai rakyat ini menjadi asas, maka dua pertiga
undi akan pergi kepada BN,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment