Pemecatan boleh buat 3 negeri tergugat?
SHAH ALAM - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno,
bukan satu langkah bijak oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kubu kuat parti di Johor, Kedah dan
Sabah.
Penganalisis politik Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dr Shaharuddin
Badaruddin berkata, insiden itu memberi kelebihan kepada pakatan
pembangkang yang pada PRU13 lalu, berjaya menembusi kubu kuat Umno
dengan memenangi beberapa kerusi.
“Sudah pasti dengan tiadanya Muhyiddin, ia akan beri kesan kepada politik Johor, khusus dari segi sokongan.
Mukhriz sendiri dalam politik Kedah, umum merasakan dia diturunkan
secara tidak demokratik oleh Najib. Apabila Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah yang mengalami masalah kesihatan dinaikkan di Kedah, sudah pasti
ia memberikan imej dan reputasi buruk kepada Umno.
“Keadaan sama bila Umno gantung keahlian Mohd Shafie Sabah adalah
benteng kuat Umno. Beliau antara tokoh kuat dalam kalangan masyarakat
pantai timur Sabah dan ada pengaruh besar,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menjangkakan insiden itu mengundang bantahan di kalangan ahli
dan pimpinan semua peringkat dalam Umno, sama ada secara terbuka ataupun
senyap menjelang pemilihan parti atau PRU14.
“Umno ini, bila dia nak protes boleh buat secara terus, kadang-kala
dilakukan secara senyap. Mungkin dia hampa dan kecewa dengan apa yang
berlaku. Kali ini lebih kepada protes senyap yang lebih bahaya daripada
protes terbuka.
“Kalau protes senyap dibuat masa pilihan raya nanti, ia akan beri kesan
kepada keputusan Umno ,” katanya. Beliau turut tidak menolak
kemungkinan keputusan itu dibuat selepas BN mendapat kemenangan besar
dalam PRK kawasan Parlimen Sungai
Besar dan Kuala Kangsar serta Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Besar dan Kuala Kangsar serta Pilihan Raya Negeri Sarawak.
5 orang berkata:
Bn tetap menang. Pemakan dedak di kg banyak
Datuk seri mah siew keong dan datuk seri liew tong lai (gerakan & mca) begitu lantang menentang hudud hingga ke mahkamah. Begitu kurand ajar!
Pis tolong baca dan hadam dedak jgn nak hetam dap shj! Hentam mca skali. Kalau tak berani , bodohlah kau ostaz. 1 lagi minta ostaz Pis kafir harbikan sekali Mca , ada berani? Kalau tak berani, bodohlah kau ostaz!
Siapa yang mengkafir harbi kan DAP? Kau tak baca apa yang di nyatakan tim presiden PAS? Atau kau memang pekak atau buta.
Kalau nak bela kapir DAP pun biarlah berpada pada.
Kalau pun engkau memang kapir? Atau melayu pencuci kandang babi DAP,jangan lah keterlaluan..
Ostaz jual agama tu
Entahnya cepat aje meroyan mcm bossnya juga.tghh baru nak bentang ruu sudah bingkas bangun menentang.mca n mic kata aik blum ckp apa apapun lg sudah menentang.ayoo dap n minion mmg advance dlm menentang hal hal berkaitan islam.org kata begini begini kapir.begitu begitu kapir harbi.semua itu tertulis dlm quran n hadis.jika tak bleh disebut knpa quram menulisnya.lg pula org bkn tuduh siapa siapa.cuma yg mkn cili tentulah rasa pedasnya.org bknnya nak hina atau tuduh kalau telinganya berasap.org cuma nak yg lain berhati hati n mengabil langkah yg sewajarnya.
Post a Comment