Gempar ayat al-Quran bertaburan di atas jalan raya
LABIS - Pengguna jalan raya yang melalui jalan Yong Peng-Segamat
berhampiran sebuah bank di sini, tengah hari tadi, gembar apabila
mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan
cebisan ayat suci al-Quran.
Seorang pekerja pembesihan bank tersebut, Wahir Md Elah, 55, berkata,
dia menyedari kejadian tersebut kira -kira pukul 12 tengah hari ketika
sampai semula ke tempat kerjanya selepas menghadiri hari terbuka di
sekolah anaknya.
"Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak
cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya
dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil.
"Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci
berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan
tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya kepada
Sinar Harian.
Menurutnya, dia berasa terkilan di atas kejadian tersebut kerana
berlaku di bulan Ramadan dan berharap pihak berwajib segera menyiasat
dan mengambil tindakan terhadap si pelaku.
Sementara itu, seorang kakitangan bank yang engaan dikenali berkata,
kejadian petama berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di mana ketika itu
hanya tafsiran al-Quran sahaja bertaburan di atas jalan raya.
"Kira-kira jam 1 petang pula, saya dimaklumkan oleh salah seorang
pelanggan terdapat sebuah kereta yang membuang cebisan kertas dan
apabila diperiksa ianya adalah cebisan al-Quran.
"Saya enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut,
namun ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan meminta agar
siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib," katanya.
Sementara itu, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang melawat kawasan
kejadian meminta umat Islam di sini agar bertenang dan tidak membuat
sebarang spekulasi berhibung kejadian tersebut.
"Kejadian ini memang melukakan hati umat Islam, namun ianya perlu
ditangani dengan bijak dan tidak perlu menuding jari kepada pihak
tertentu kerana ianya boleh mencetuskan keadan tidak tenteram.
"Kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membut siasatan
termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan
kejadian ini disengajakan atau sebaliknya," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment