Parti baharu mampu saingi Umno?
KUALA LUMPUR - "Belum boleh lagi, kekuatan masih ada pada Umno,"
demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika
menggulas sama ada Umno akan tergugat sekiranya parti baharu ditubuhkan.
Ini rentetan daripada beberapa cadangan yang mencadangkan agar bekas
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu selepas
dipecat daripada Umno.
Katanya, Umno mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti.
"Umno masih menerima sokongan ramai," katanya ringkas ketika sidang
media media dalam Majlis Berbuka Puasa Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS) bersama beliau di Restoran D Saji Titiwangsa Kuala
Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya adalah isu pemecatan Muhyiddin dan
Mukhriz memberi kesan kepada Umno, Abdullah berkata, impak terhadap Umno
hanyalah sedikit.
Terdahulu, Majlis Tertinggi memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu
berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi
(MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
0 orang berkata:
Post a Comment