Gagal terima kekalahan antara ciri diktaktor
KUALA LUMPUR - Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan
enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat
mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata
sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih,
dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara
itu.
Justeru itu, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap
keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala
Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih
calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'.
"Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini
adalah ciri-ciri diktator.
Kalau kelompok sebegini perintah (negara),
saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya ketika dihubungi
di sini.
Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit
'kebendaan' dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan
Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusia Parlimen itu.
"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain,
faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen
tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata
Rafizi dalam laporan itu.
Md Shukri berkata rakyat dan pemimpin matang adalah dua perkara yang
saling diperlukan ke arah pembentukan Malaysia yang membangun.
"Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri.
Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing
kepada pembentukan sebuah negara yang matang.
"Rakyat seharusnya buka mata," kata beliau. Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof
Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin
yang emosional.
"Beliau sepatutnya lebih rasional dan praktikal dalam perkara ini," katanya. Sivamurugan berkata hak dan kedudukan pengundi untuk memilih perlu
diiktiraf, dan tidak ada mana-mana parti yang boleh perlekehkan perkara
ini.
Jika dilihat pada pilihan raya sebelum ini, katanya, pengundi telah
menganugerahkan parti pembangkang beberapa negeri untuk ditadbir.
"Kekalahan dan kemenangan boleh disebabkan faktor calon, jentera parti
dan juga isu-isu yang dibawa. Tiga elemen ini menyumbang dengan besar.
"Dalam konteks ini, pihak yang kalah haruslah lakukan bedah siasat (tentang kekalahan mereka)," kata beliau.
Pada PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan
majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon
Amanah Azhar Abdul Shukur.
PRK Kuala Kangsar pula menyaksikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid
menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon Pas Dr
Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan
calon bebas Izat Bukhary Ismail Bhukary. - Bernama
2 orang berkata:
Aku menyokong parti yg korup. Senang berurusniaga dgn mereka. Terima kasih kpd yg mengundi bn.
This information is very useful. thank you for sharing. and I will also share information about health through the website
Cara Mengobati Sinusitis
Penyebab Mual dan BAB Berdarah
Perawatan kesehatan mata
Bahaya Tenggorokan Nyeri
Cara Mengatasi asam Lambung
Post a Comment