Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR TIDAK SEKUAT MANA ?


ANDAINYA MUHYIDDIN MENYERTAI PKR, MAKA DIA KENA BEKERJA KUAT, TRUTAMA TURUN PADANG DAN KENA LIHAT SENDIRI KEKUATAN PARTI PERENGKAT BAWAHAN YANG DIKATAKAN BANYAK BERTERABUR DAN TIADA KEKUATAN YANG MENCUKUPI, MEREKA HANYA MENUMPANG KEKUATAN PAS DAN DAP, DIPERINGKAT  ATASAN MEMANG PKR DIKIRA OK. Pak Karamu                     
PKR pilihan terbaik Muhyiddin
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

MESKIPUN mereka masing-masing pernah pegang jawatan yang sama – timbalan perdana menteri – aura Anwar Ibrahim sebagai ahli politik jauh mengatasi Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin tidak mampu tarik orang turun ke jalanan memprotes pemecatannya berbanding apa yang pernah Anwar lakukan. Malah pasca pemecatan Anwar – apa yang disebut orang sebagai era reformasi –  mereka yang tidak pernah ambil tahu hal politik pun, tiba-tiba meratib ayat-ayat politik siang malam.

Tok Che Nah dari Kampung Nyior Sebatang, Lahar Yooi, Tasek Gelugor, yang sudah 80 tahun umurnya ketika itu dan sepanjang hidupnya tidak pernah sekalipun saya dengar dia bercakap walau sepatah tentang politik, tiba-tiba bertanya: “Awat depa jahat sangat buat kat Anwat sampai tara tu???" Begitulah.

Anwar adalah seorang manusia politik yang hebat. Pidatonya memukau. Aura dirinya berjaya mengundang simpatisan hinggakan ramai anak-anak muda sanggup turun ke jalanan berdemonstrasi. Pelajar universiti pun sanggup memperjudikan nasib diri, dipacu emosi melakukan kacau-bilau di tengah-tengah Ibu Kota, apa yang tidak pernah berlaku dalam politik negara sebelum itu.

Ketika Musa Hitam meletak jawatan timbalan perdana menteri, keadaan tidak segawat itu meskipun sebelumnya, dia dianggap gandingan Mahathir yang paling berbakat, bakal pengganti yang sedang dilatih untuk mengambil alih kepimpinan negara. Gandingan mereka disebut sebagai ‘2M’.

Namun apabila Musa keluar dari kepimpinan, tiada demonstrasi besar-besaran melainkan hanya beberapa orang dari Umno Johor yang mendesak dia tarik balik surat letak jawatan.

Saya masih ingat, selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 2 September 1998, wartawan veteran, A. R. Kamaludin (Allahyarham) ada mengatakan bahawa Parti Keadilan Nasional  (sebelum bertukar nama kepada PKR selepas bergabung dengan Parti Rakyat) yang diaktifkan oleh Dr. Wan Azizah untuk membela Anwar, tidak akan bertahan lama.

Ini katanya bersebab, tidak ada nama besar dalam politik ketika itu yang menyeberang untuk bersama Anwar melainkan beberapa orang muda  seperti Dr. Rahim Ghouse, Ruslan Kassim dan Saifuddin Nasution. Mereka yang sebelum itu dikenali sebagai orang Anwar seperti Kamaruddin Jaffar dari Institut Kajian Dasar (IKD), pun tidak menyertai Keadilan sebaliknya memilih Pas.

Ini tidak seperti ketika Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 selepas kalah kepada Mahathir dalam perebutan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 1987. Begitu ramai nama besar dibawa Ku Li masuk parti baharu itu. Umno (Baru) yang kemudian ditubuhkan oleh Mahathir selepas diisytiharkan haram oleh mahkamah, hampir lumpuh.

Untuk beberapa ketika sebelum pendaftaran Umno (Baru) diluluskan, Dr. Ling Liong Sik yang ketika itu Presiden MCA memangku jawatan Pengerusi BN, suatu keadaan yang amat menyedihkan bagi orang Melayu.

Dr. Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Abdul Manan Osman, Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Paduka Raja Terengganu,  Zainal Abidin Zin, Rahmah Osman, Ibrahim Azmi Hassan, Zainol Abidin Johari (Allahyarham) – mereka daripada Team B Umno sebelum itu – bersama Ku Li menghidupkan Semangat 46. Sebilangannya adalah anggota Kabinet Mahathir sendiri.

Selepas itu, Semangat 46 bukan sekadar hidup sebaliknya menempa beberapa kejayaan. Bersama Pas, Hamim dan Berjasa di bawah gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), mereka berjaya mengambil alih Kelantan dari tangan BN, apa yang semestinya cukup sentimental bagi Ku Li sendiri sebagai anak Kelantan.

Begitu pun, hayat Semangat 46 tidak lama. Pada Mei 1996, parti itu dikuburkan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur menerusi perisytihaan yang dibuat oleh Ku Li sendiri. Saya antara wartawan yang hadir membuat liputan 'pengebumian' parti itu.

Tidak lama kemudian, beberapa pemimpin kanannya dibawa kembali ke Kabinet Mahathir termasuk Rais. Namun Ku Li sampai sekarang berkelana di luar lingkaran arus perdana meskipun sudah lama merujuk dengan Umno. Apa yang mahu diceritakan, biarpun memiliki banyak nama besar, Semangat 46 masih tidak mampu untuk jadi alternatif, apa lagi menumbangkan Umno/BN.

Malah apa yang berlaku kemudiannya menjadikan Umno bertambah kuat apabila Tengku Razaleigh sendiri kembali ke pangkuan Umno dan parti itu juga terus dikuburkan.

Namun apa yang berlaku kepada Anwar dan Parti Keadilan (kini PKR) adalah sebaliknya. Meskipun tanpa nama besar, PKR terus hidup sampai sekarang. Walaupun pada peringkat awal, tiada nama besar menghidupkan perjuangan Anwar melainkan Ezam Mohd Nor, Sivarasa Rasiah, N. Gobalakrishnan, Tian Chua, Zainur Zakaria, Azmin Ali,  Chandra Muzaffar,  Hanafiah Man, Zahid Md Arip, Lokman Noor Adam dan beberapa nama lain, yang bukanlah daripada kalangan elitis politik Malaysia waktu itu, PKR terus melangkah dengan bergaya.

Kekuatan parti itu boleh dikatakan banyak bergantung pada karisma dan aura Anwar, yang juga adalah pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Muhyiddin tidak berada pada tahap itu. Suaranya tidak sekuat Anwar.

Selepas dipecat daripada Umno 24 Jun lalu, dia bagaimanapun ada menyatakan akan terus berjuang!

Persoalannya, apakah platform yang sesuai bagi Muhyiddin?

Dia tidak punya pilihan. Setelah ditendang keluar oleh parti yang telah digelumanginya selama 40 tahun, Muhyiddin harus bangkit untuk menjulang semula maruahnya.

Dalam usia 69 tahun, dan tinggal lebih kurang dua tahun sahaja lagi untuk menghadapi PRU14, menubuhkan sebuah parti baharu dengan matlamat menjejaskan BN dalam pilihan raya, boleh dikira sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh Muhyiddin.

Dia mungkin berupaya mempertahankan kerusi Pagoh, Mukhriz Mahathir di Jerlun dan Shafie Apdal di Semporna namun itu tidak cukup untuk menjejaskan BN, apa lagi dalam situasi perpecahan undi pembangkang sekarang!

Bagaimanapun aura kejayaan akan lebih berpihak kepada Muhyiddin jika dia melakukan langkah yang betul, menyertai parti yang diterima rakyat dan mampu membawa agenda perjuangannya sederap!

Soalnya, parti yang mana?

Muhyiddin tidak mungkin akan menyertai Pas kerana parti itu kini sedang berhubungan baik dengan Umno, sedang saling berharap (undi sokongan untuk Akta 355) dan sudah tentu Pas tidak mampu menyediakan platform untuk dia menyerang Najib.

Amanah pula dilihat hanya akan menjahanamkan reputasi Muhyiddin. Perjuangannya selama 40 tahun bersama Umno, mendapat pengiktirafan sebagai orang No. 2 dalam parti dan kerajaan, boleh 'hancus' jika dia memilih untuk menyertai Amanah. Ini kerana Amanah dianggap 'anak susuan' DAP.

Parti Ikatan Bangsa Malaysia. Parti itu kini sedang berkoalisi dengan Pas membentuk blok ketiga. Dari segi hubungan dan agenda perjuangan, mungkin tidak ada masalah bagi Muhyiddin namun ia  boleh dianggap terlalu 'kecil' berbanding nama Muhyiddin yang begitu besar dalam arena politik. Lagi pula, Ikatan kini sedang mesra dengan Pas manakala Pas pula mesra dengan Umno. Lalu ruang untuk Muhyiddin berjuang bersama boleh dikira sempit!

Dalam keadaan ini, PKR dianggap platform terbaik untuknya meskipun parti itu mungkin bukanlah yang paling sesuai dengan agenda perjuangan Muhyiddin. Setidak-tidaknya apabila dia menyatakan komitmen untuk memerangi penyelewengan dalam pentadbiran, itulah juga apa yang dilaungkan oleh PKR sejak sekian lama meskipun ada ketikanya integriti sesetengah pemimpin parti itu sendiri diragui.

Muhyiddin - PKR boleh saling melengkapi jika mereka memilih untuk bergabung. Parti itu sudah mempunyai kedudukan dalam gelanggang politik. Muhyddin pula mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan daripada kumpulan protes senyap dalam Umno, selain golongan atas pagar ketika pilihan raya.

Jika itu jadi kenyataan, ia akan berupa 'reunion' Team Wawasan kerana Muhammad Muhd Taib sudah pun menyertai PKR Septembar tahun lalu. Gabungan mereka  akan lebih kuat jika PKR juga sedia untuk memberikan ruang kepada Mukhriz dan Shafie.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.