Dialog ditolak kerana ada 18 laporan polis
SHAH ALAM - Sebanyak 18 laporan polis dibuat bagi membantah dialog
antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 7
April ini di Kumpulan Media Karangkraf.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata,
laporan-laporan ini dibuat oleh individu yang berkisar tentang ketakutan
dan kegusaran tentang dialog tersebut sejak semalam.
Menurutnya, pada awalnya ia hanya melibatkan satu dan dua laporan sahaja, bagaimanapun jumlah laporan itu meningkat.
“Setakat pagi ini sebanyak 18 laporan polis telah dibuat bukan sahaja
dari daerah Shah Alam, tapi juga dari Klang, Petaling Jaya, Serdang dan
Hulu Selangor.
“Selain itu, kita juga ada dapatkan maklum balas terhadap orang awam
tentang sambutan dialog berkenaan,namun hasilnya laporan yang kita
terima tidak begitu baik. Malah, dimaklumkan ada segelintir pihak yang
akan datang pada tarikh dialog (7 April) untuk membuat kekecohan,”
katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari
ini.
Beliau berkata, atas sebab-sebab keselamatan dan ketenteraman awam,
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat telah
mengeluarkan surat pembatalan dialog terbabit.
Mengulas tentang laporan polis yang dibuat, Mohd Fuad memberitahu,
semua laporan polis ini akan disiasat dan kebanyakan laporan ini
mendakwa mereka takut tentang keselamatan dan ancaman terhadap mereka.
“Polis ambil langkah terbaik untuk menerangkan dan tidak mahu orang
ramai buat spekulasi. Ia semata-mata sebab keselamatan dan ketenteraman
awam.
“Kita tidak mahu ambil risiko dan kami lihat dari segi keselamatan
sehingga tarikh dan selepas dialog berkenaan.Dengan pembatalan ini,
semua pihak perlu akur arahan ini, jika ada pihak yang ingkar dan degil
untuk terus adakan dialog itu, kita akan ambil tindakan,” katanya.
Dalam pada itu, polis tidak menolak kemungkinan wacana ini akan
diadakan pada masa akan datang, namun ia bergantung pada Akta
Perhimpunan Aman.
Selain itu, polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat
sebarang komen negatif yang menghina dan berbaur hasutan di media sosial
bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil.
5 orang berkata:
Yang buat laporan tu tak lain tak bukan hanya macai dari umno. Ini pun atas arah najib supaya debat tidak diadakan. Najib takut tembalang dia pecah. Polis sepatutnya tidak jadi tunggangan najib. Jika betul najib ada buat kesalahan, dia wajib disiasat. Kalau ada bukti harus didakwa. Polis jangan pilih bulu. Ingat kalau kerajan bertukar!!!!!
Najib pengecut setelah jadi penyamun. Bohong sana tipu sini, cakap berbelit2 tak boleh pakai. Bila lagi nak ditunjuk dilaknat tuhan sebagai ithibar.
Takut lepas dialog habis ahli umno dan pas isi borang masuk bersatu.
Masa lawatan pemain kriket yahudi datang Malaysia bukan sekadar 18 laporan tapi beribu laporan dibuat tak ada pula polis haramkan. Begitu juga dengan artis-artis yang datang buat konsert di Malaysia, polis pula jadi body guard. Inilah polis Malaysia yang berkerja untuk kepentingan politik pemimpin.
20171110 junda
air max 1
marc jacobs outlet
kate spade outlet online
chicago blackhawks jerseys
cheap basketball shoes
canada goose coats
uggs outlet
ugg boots black friday
burberry outlet
ralph lauren
Post a Comment