Makin bangga jika paling kuat menentang Islam
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa
kesal beliau terhadap beberapa kalangan parti politik di Malaysia.
Menurutnya, ada diantara mereka yang berlumba-lumba menjadi penentang
agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan masyarakat Islam di
negara ini.
"Mereka saling cabar-mencabar siapa yang lebih dahulu, dan paling kuat
menentang syiar Islam seolah ia menjadi satu kebanggaan baru zaman ini.
Ini yang kita kesalkan," katanya ketika ucapan dasar dan Perasmian
Muktamar Pas kali ke -63 di Kota Sarang Semut.
Tambahnya lagi, jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, ia akan mendatangkan ancaman pada masyarakat.
"Tindakan ini secara berterusan bakal menjadi ancaman terbesar kepada
keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang
menjadikan 'Islam sebagai agama persekutuan'," katanya lagi.
Sementara itu, Abdul Hadi menekankan supaya masyarakat juga tidam terus
hanyut dengan politik moden yang meminggirkan al-Quran dan sunnah.
"Ada umat Islam yang terlalu teruja hingga tidak sedar menjadi biduk di
papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak
baik terhadap umat Islam," tambahnya lagi.
7 orang berkata:
Bukan menentang islam tapi menentang pemiimpin parti yg menggunakan nama islam untuk mencari jawatan, pangkat, dan harta.
Kami bangga menentang parti yg menggunakan nama islam untuk mengkafirkan org lain dan mukutnya yg angkuh, ego dan sombong. Kami bukan menentang islam agama Allah. Dua perkara yang berbeza.
Golongan lebai yg memecahkan tali persaudaraan islam hanya kerana kepentingan politik peribadi memang wajib dilakukan. Nabi jumpa org yahudi pun dia buat baik sbb nabi org yg taqwa. Tapi lebai lebih suka menghina bukan shj org kafir malah org islam yg berbeza pendapat.
Kita bangga menentang golongan lebai yang mengambil duit potongan gaji cikgu agama tanpa kebenaran pemiliknya. Perbuatan ini tidak amanah setelah diberi kuasa memegang amanah.
Pelik lebai2 ni. Umur parti dah dekat dgn ubun2 pun masih fitnah org lain menentang islam. Mintak la lebai2 walaon tu cermin diri.
Menentang pas bukan bererti menentang islam. Pas bukan agama. Pas bukan islam yg dibawa oleh nabi. Byk yg pas buat tidak selari dgn islam.
Terbaik komen tuan-tuan.
Pas ingat mereka suci.
Pas bukan agama ok.
Pas a Members of Iranian Shia Organisation
Post a Comment