Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANGGA MENENTANG ISLAM

Makin bangga jika paling kuat menentang Islam
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa kesal beliau terhadap beberapa kalangan parti politik di Malaysia.

Menurutnya, ada diantara mereka yang berlumba-lumba menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

"Mereka saling cabar-mencabar siapa yang lebih dahulu, dan paling kuat menentang syiar Islam seolah ia menjadi satu kebanggaan baru zaman ini. Ini yang kita kesalkan," katanya ketika ucapan dasar dan Perasmian Muktamar Pas kali ke -63 di Kota Sarang Semut.

Tambahnya lagi, jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, ia akan mendatangkan ancaman pada masyarakat.

"Tindakan ini secara berterusan bakal menjadi ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan 'Islam sebagai agama persekutuan'," katanya lagi.

Sementara itu, Abdul Hadi menekankan supaya masyarakat juga tidam terus hanyut dengan politik moden yang meminggirkan al-Quran dan sunnah.

"Ada umat Islam yang terlalu teruja hingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam," tambahnya lagi.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Bukan menentang islam tapi menentang pemiimpin parti yg menggunakan nama islam untuk mencari jawatan, pangkat, dan harta.

Anonymous said...

Kami bangga menentang parti yg menggunakan nama islam untuk mengkafirkan org lain dan mukutnya yg angkuh, ego dan sombong. Kami bukan menentang islam agama Allah. Dua perkara yang berbeza.

Anonymous said...

Golongan lebai yg memecahkan tali persaudaraan islam hanya kerana kepentingan politik peribadi memang wajib dilakukan. Nabi jumpa org yahudi pun dia buat baik sbb nabi org yg taqwa. Tapi lebai lebih suka menghina bukan shj org kafir malah org islam yg berbeza pendapat.

Anonymous said...

Kita bangga menentang golongan lebai yang mengambil duit potongan gaji cikgu agama tanpa kebenaran pemiliknya. Perbuatan ini tidak amanah setelah diberi kuasa memegang amanah.

Tar Snake said...

Pelik lebai2 ni. Umur parti dah dekat dgn ubun2 pun masih fitnah org lain menentang islam. Mintak la lebai2 walaon tu cermin diri.

Anonymous said...

Menentang pas bukan bererti menentang islam. Pas bukan agama. Pas bukan islam yg dibawa oleh nabi. Byk yg pas buat tidak selari dgn islam.

Anonymous said...

Terbaik komen tuan-tuan.
Pas ingat mereka suci.
Pas bukan agama ok.
Pas a Members of Iranian Shia Organisation

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.