JIKA GST HARAM MAKA MAJLIS PATUA
DAN MAJLIS RAJA-RAJA
TOLONG SELAMATKAN UMAT ISLAM
DARI MELAKUKAN YANG HARAM
YANG DIPERTUAN AGONG PERLU DIMAKLUMKAN !!!
-Pak Karamu-
Mufti setuju pelaksanaan GST haram
SHAH ALAM – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh
kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan
kehidupan golongan berpendapatan rendah.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang
tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram
kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti
diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.
“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan
terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan
lagi.
“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan
telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan
berpendapatan kecil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed
berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram
dan tidak menepati syariat Islam.
Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus
dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.
“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu
meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping
melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.
Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat
dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan
berpendapatan kecil.
Beliau berkata, cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.
“Pihak kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan syarikat untuk dikenakan GST,” katanya.
10 orang berkata:
Apa lebai merepek cerita gst ni? Dekat pru baru terpikir gst? Nak tarik pengundi ker lebai?
Heeeeee
Bila walaon dah mula cakap pasal gst, maknanya pru dah dekattttt sangat.
BILA PRU DAH DEKAT, BILA DAH TAU NAK KALAH, BILA DAH TAU AKAN HILANG JAWATAN EXCO, MP, DUN BARULAH MULA NAK FIKIR PASAL GST.
DULU DUIT BYK, GAJI BESOR, KERETA BESOR, TAK TERFIKIR PUN GST. TAK FIKIR PUN RAKYAT SUSAH. 24 JAM FIKIR RUU, FIKIR PUTUS4 DGN PKR, FIKIR KAPIRKAN ORG.....
KALAH LA KO.
Elehhhhh nak bising pasal gst pulak. Dulu masa PR undi tak sokong gst kat palinen, lebai2 ni buat2 tido. Cheihhhh
Lobai dah jadi talam 2 muka pulak dah.
Gst haram.
Tebang balak gila babi haram tak?
Ambik duit cikgu 14 juta haram tak?
Tanam durian kunyit dalam hutan lagi la haramjadah
Parti yg bersekongkol dgn org yg buat gst haram tak? Dapat dosa tak?
Jgn ingat org melayu boleh dikencing lg oleh parti lebai2 rasuah dan penipu ni.
Masa undi musang berjanggut lebai walaun unta bersikap berkecuali.
Takut termasuk telor.
Post a Comment