Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GST HARAM ? SIAPA TANGGUNG DOSA ?

JIKA GST HARAM MAKA MAJLIS PATUA
DAN MAJLIS RAJA-RAJA

TOLONG SELAMATKAN UMAT ISLAM
DARI MELAKUKAN YANG HARAM

YANG DIPERTUAN AGONG PERLU DIMAKLUMKAN !!!

-Pak Karamu- 


Mufti setuju pelaksanaan GST haram

Wan Salim Mohd Noor
Dr Wan Salim 
SHAH ALAM – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil.

Beliau berkata, cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

“Pihak kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan syarikat untuk dikenakan GST,” katanya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Apa lebai merepek cerita gst ni? Dekat pru baru terpikir gst? Nak tarik pengundi ker lebai?

Heeeeee

Anonymous said...

Bila walaon dah mula cakap pasal gst, maknanya pru dah dekattttt sangat.

Anonymous said...

BILA PRU DAH DEKAT, BILA DAH TAU NAK KALAH, BILA DAH TAU AKAN HILANG JAWATAN EXCO, MP, DUN BARULAH MULA NAK FIKIR PASAL GST.


DULU DUIT BYK, GAJI BESOR, KERETA BESOR, TAK TERFIKIR PUN GST. TAK FIKIR PUN RAKYAT SUSAH. 24 JAM FIKIR RUU, FIKIR PUTUS4 DGN PKR, FIKIR KAPIRKAN ORG.....

KALAH LA KO.

Anonymous said...

Elehhhhh nak bising pasal gst pulak. Dulu masa PR undi tak sokong gst kat palinen, lebai2 ni buat2 tido. Cheihhhh

Anonymous said...

Lobai dah jadi talam 2 muka pulak dah.

Anonymous said...

Gst haram.
Tebang balak gila babi haram tak?
Ambik duit cikgu 14 juta haram tak?

Anonymous said...

Tanam durian kunyit dalam hutan lagi la haramjadah

Anonymous said...

Parti yg bersekongkol dgn org yg buat gst haram tak? Dapat dosa tak?

Anonymous said...

Jgn ingat org melayu boleh dikencing lg oleh parti lebai2 rasuah dan penipu ni.

Anonymous said...

Masa undi musang berjanggut lebai walaun unta bersikap berkecuali.
Takut termasuk telor.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.