Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Salam

ISLAM SEKULAR VS ISLAM AL QURAN, DEMIKIAN PANDANGAN BERBEZA ANATARA MAHADZIR DAN NIK AZIZ

Apabila para pemimpin membuat kenyataan tentang kedudukan perjalanan islam disepanjang perjalanan kehidupan maka ia akan membuatkan rakyat menjadi pusing kepala terutama masyarakat yang kurang jelas tentang islam, sementara golongan yang memahami apa itu islam akan nampak kebodohan dan kejahilan  diantara kedua pandangan pemimpin tersebut

Dr Mahadzir Muhammad berhujah mengikut islam sekular, sekalipun istilah islam sekular itu tiada dalam kamus ilmu agama islam, sementara Tuan Guru Nik Aziz berhujah mengikut Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang berhujah dengan Al Quran maka kedua-dua hujahan mereka itu akan dinilai oleh islam golongan sekular dan kumpulan islam ahli sunnah Wal Jama'ah

Kebanyakan rakyat di negara ini adalah pengikut kedua-dua fahaman tersebut iaitu islam sekular dan islam ahli sunnah Wal Jama'ah, Islam sekular biasanya mereka berhujah mengikut akal dan kepentingan sekalipun mereka itu melakukan ibadat cara agama islam akan tetapi dalam penghayatan ibadat mereka tidak lakukan kerana mereka tidak tidak faham istilah penghayatan beribadat yang wajib dilakukan

Sementara golongan Islam ahli sunnah Wal Jama'ah mereka ini berhujah mengikut Al Quran dan sunah Nabi dan mereka menghayati ibadat mereka dengan menterjemahkan ibadat mereka kepada kehidupan dan hasilnya bertembunglah diantara kedua pandangan ini dengan dipentas dua aliran islam yang jauh berbeza iaitu yang hak dan yang batil, akhirnya terserlahlah diantara mereka pandangan kejahilan dan kebenaran

Yang dapat menilai kebenaran itu hanyalah mereka yang faham tentang selok belok islam, Apakah Dr Mahadzir memahami islam ? Apakah Nik Aziz itu tidak memahami islam ? Apakah pandangan rakyat tentang kedua-dua pemimpin ini tentang islam ? Jika kita mahu pengundian dari pandangan dua orang pemimpin itu dilakukan di negara ini maka percayalah orang akan membuat sokongan kepada Dr Mahadzir Muhammad kerana umat islam di negara ini ramai yang menjadi penganut Islam Sekular


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.