UTAMAKAN PELAJAR YANG PRO KERAJAAN BN/UMNO !
Ada kira-kira 11,300 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara sekular Mesir, memang bukan mudah hendak diangkut pulang, tidak semudah bercakap tentang hanya menggerakkan lidah dengan menyebut "SEGERAKAN URUSAN MEREKA" mengikut fakta jika kita hantar sejumlah kapal terbang B 747 yang boleh memuatkan 400 penumpangpun ia memakan masa dan jumlah kapal terbang sekurang-kurangnya 28 pesawat selain sukarnya alat perhubungan dan kenderaan disana, maklum negara yang sedang akan runtuh
Pelajar Malaysia yang sedang berada disana tentunya mahu segera keluar dari bumi Mesir demikian juga dengan ibu bapa pelajar yang sedang berada disana tanpa memahami suasana negara yang akan tumbang menyembah bumi, suasan tersebut adalah perkara yang biasa kepada mana-mana negara yang sedang nazak, apa yang penting ialah semua pehak perlu bersabar dan memahami keadaan tersebut, walau apapun pokoknya ikhtiar tetap akan dijalankan sebaik mungkin, namun apa yang mendukacitakan ialah ada diantara pandangan yang cukup memanaskan hati
Pandangan dari rbk On Line yang saya petik dari blog Perisik Rakyat iaitu "UTAMAKAN PELAJAR YANG MENYOKONG BN/UMNO DAHULU, YANG MANA MENJADI PENYONG PAS TENGOKLAH KEADAAN ! MASA SUSAH MEREKA MINTA BANTUAN, MASA SENANG MEREKA HENTAM KERAJAAN MENGAPA TIDAK MINTA PERTOLONGAN DENGAN NIK AZIZ DI KELANTAN" pandangan blog ini mendakwa bahawa Mesir adalah lubuk pelajar yang pro PAS jadi tak perlu dibantu, hanya semata-mata berlainan idiologi maka prikemanusiaan perlu dikuburkan, jika inilah pandang penulis ini maka Pak Karamu ucapkan tahniah !
Atas pandangan On Line ini suka Pak Karamu membuat cadangan bahawa pelajar yang pro PAS TIDAK PERLU PULANG !!!! mereka perlu melihat atau menyertai kumpulan rakyat Mesir bagaimana mereka ber Revolusi menjatuhkan kerajaan mereka kerana ini adalah penting bagi kehidupan kemanusiaan, setelah mereka mengaji jurusan yang mereka ambil maka mereka juga mempelajari bagaimana hendak menggulingkan sebuah kerajaan yang zalim seperti kerajaan Mesir
0 orang berkata:
Post a Comment