JIKA YAHUDI DAN AMERIKA MASUK CAMPUR DI NEGARA MESIR MAKA REVOLUSI AKAN BERPANJANGAN DAN MAKA KORBAN YANG TINGGI
Andainya revolusi di Mesir membawa kepada kejayaan maka mungkin revolusi itu terancang, jika tidak ia hanya revolusi emosi sahaja, setiap revolusi ia akan membabitkan pertukaran kerajaan, apa yang kita dengar di Mesir adalah revolusi kerana tekanan ekonomi rakyat yang semakin tidak tertanggung disamping penyelewengan rasuah yang tidak dapat terbendung itupun jika cerita yang kita terima benar kerana media akan memainkan berbagai-bagai kerenah untuk menghangatkan berita
Apa yang dikhuatiri ialah jika Yahudi dan Amerika yang mempunyai kepentingan pada negara Mesir, masuk campur tangan sebagai penasihat maka revolusi itu akan berpanjangan dan akan memakan jiwa yang ramai, Yahudi dan Amerika memang menjadikan Mesir sebagai negara yang mengurangkan tekanan terhadap keselamatan Israil di timur tengah, andainya Mesir bersama dengan negara yang menentang Israil maka ada kemungkinan peperangan demi peperangan sering tercetus tambahan jika Mesir pro kepada kerajaan Iran
Andainya Mesir tumbang maka Hamas akan segar kembali dan kerajaan Fatah pula mungkin akan tumbang segera kerana kerajaan Fatah satu-satunya kerajaan yang pro Amerika jika tidakpun dia pro kepada Israil, tumbangnya kerajaan Palastin yang diperintah Hamas dahulupun adalah mainan daripada Amerika, Israil dan sekutunya jadi andainya kerajaan Mesir tumbang segera maka kita akan dapat melihat pergerakan Hamas akan lebih aktif untuk menguasai semula Palastin
Percayalah bahawa kerajaan Mesir akan dijatuhkan sekalipun memakan masa dan tidak mustahil pula dalam masa yang sama Husni Mubarak akan memohon bantuan supaya Israik menyerang muslihat terhadap Mesir kerana mungkin untuk menyatu padukan rakyat Mesir untuk menentang kononnya kuasa kufar Amerika Israil pula, jadi mainan politik ini tidak mustahil berlaku sekalipun ia memakan korban, buat masa sekarang mungkin telah ada usha yang dilakukan kearah tersebut kerana Amerika dan Israil sudah bercakap tentang revolusi di Mesir dan cuba untuk campur tangan mungkin dengan mempengaruhi negara disekelilingnya
Anadainya di Mesir sekarang ini sudah ada puak yang menentang puak revolusi maka itu satu tanda usha kearah campurtangan yang tersembunyi yang terancang sekalipun ia kelihatan dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri
0 orang berkata:
Post a Comment