Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARIK MAKAN PAK


Sebab Untuk Menolak Tenaga Kerja Indon

Rakyat Malaysia diseru agar menolak pembantu rumah Indonesia dan menolak penggunaan buruh Indonesia mulai saat ini. Ini kerana sentimen anti-Malaysia belum pernah reda sejak ia memanas beberapa tahun kebelakangan ini.

Mulai Mei ini, Indonesia membenarkan semula kemasukan pembantu rumah warganya ke negara ini setelah disekat lebih dari setahun. Media dan rakyat Indonesia membayangkan bahawa lemahnya rakyat Malaysia apabila mereka terpaksa merayu-rayu untuk mendapatkan semula tenaga kerja Indonesia. Apakah hasil jenis pembantu rumah yang bakal masuk nanti jika mereka telah disuntik fahaman bahawa rakyat negara ini terhegeh-hegeh mendapatkan perkhidmatan mereka?

Teman pernah cuba meninggalkan komen di berita Indonesia yang kononnya bersifat terbuka walhal tidak. Berita tersebut ialah berkenaan sekatan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia yang ditarik balik setelah syarat gaji minimum RM600 sebulan dipenuhi.

Teman memberi komen seperti ini :
Apa benar minim RM600 belum terpenuhi selama ini? Jika gaji sebelum ini RM400, kamar diberi gratis, makan diberi gratis, matematika mudahnya, ngekos di KL aja RM200 per kamar. Makan di KL aja minim RM300 per bulan. Selama ini PRT anda telah dibayar minim RM900!

(Benarkah selama ini gaji pembantu rumah anda cuma RM400, sedangkan bilik percuma dan makan percuma. Kira-kira mudahnya, menyewa bilik di KL ini minimum sebilik RM200. Belanja makan pula minimum RM300 sebulan, maka selama ini pembantu rumah warga anda telah dibayar RM900 sebulan!)

Komen tersebut tidak disiarkan oleh media hipokrit 'bebas' Indon yang dipuja-puji Anwar. Sikap inilah yang dicontohi Anwar dalam melaksanakan keterbukaannya ala Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada kekhuatiran akan sikap besar kepala pekerja Indon di negara ini yang diduga bakal terjadi termasuk dengan sentimen jelik masyarakat mereka ke atas negara ini yang sentiasa mahukan negara mereka menyerang negara ini bagi menunjukkan kekuatan negara mereka, tidak mustahil keselamatan negara Malaysia tercinta akan terancam.

Umum telah mengetahui, sebahagian besar rakyat Indon kini menganggap Presiden mereka sebagai pengecut dan tidak berani terhadap Malaysia. Kita pula masih menganggap Indon tidak akan bertindak luar batas hanya dengan melihat kepada pimpinan Presiden mereka sekarang. Ia benar-benar satu kepercayaan yang hakikatnya senipis kulit bawang! Bayangkan jika Susilo Bambang digulingkan dan persepsi Indon ke atas negara ini ditelanjangkan oleh sikap-sikap rakyat mereka yang biadap ke atas Malaysia, apa jaminan keselamatan untuk negara ini andai tali barut-tali barut penjunjung slogan Ganyang Malaysia telah sedia berada di negara ini, berkhidmat di rumah-rumah menteri dan pegawai-pegawai tentera tertinggi.
Ironik sekali apabila kita dipaksa untuk menyedari bahawa hakikatnya musuh negara ini sebenarnya adalah bangsa yang sewarna, sebahasa malah seagama dengan kita.

Kita belum mendengar seruan supaya tentera sesebuah negara didesak oleh rakyatnya supaya menyerang negara ini kecuali Indonesia. Tidak di Thailand, Filipina, malah Singapura yang kita dipaksa untuk gusar selama ini!

Perlu kita ingat bahawa Indonesia adalah sebuah negara apologetik yang terlalu mengikut suara rakyatnya. Atas sebab itulah sifat diplomasi Susilo Bambang ke atas Malaysia dalam isu yang panas sebelum ini dikecam hebat bukan sahaja oleh rakyatnya, malah pemimpin politik dan agensi ketenteraan.

Kita mungkin mempunyai perjanjian-perjanjian tertentu dan hubungan-hubungan tertentu atau sekurang-kurangnya mempunyai seorang Menteri Pertahanan berketurunan Jawa, tetapi bersediakah kita untuk menerima dampak seandainya tampuk pimpinan Indon dirampas oleh golongan berjiwa Sukarno yang tumbuh bak lalang yang dibaja di negara tersebut?

Golongan ini tumbuh mendadak setelah menilai bahawa Susilo Bambang adalah pemimpin yang menjadikan negara tersebut lemah, lembik, malah 'menjadikan Malaysia, jiran kecil yang kini berani ke atas Indonesia."

Fikirkan jika mereka bersedia menghantar perisik yang menyamar sebagai tenaga kerja import, dan tampuk pemerintahan negara tersebut diganti oleh sebuah revolusi dan rampasan kuasa, apa jaminan keselamatan untuk kita?

Kita tidak perlu berperang. Cukup dengan menolak apa juga elemen dari negara tersebut dari masuk termasuk muzik, sinetron dan tenaga kerja. Kebergantungan kita terhadap mereka selama ini melemahkan kita. Dari kelemahan itu sepatutnya mereka telah lama berjaya menakut-nakutkan kita. Mujurlah pemimpin mereka bersifat diplomasi. Fakta menakutkan ialah sebahagian besar rakyat mereka kini sedang membenci pemimpin diplomatik mereka itu kerana sifat diplomasi yang dimiliki olehnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.