Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEDAH SIAPA DISEBALIK KES VIDEO

PKR kepada polis: Dedah siapa di sebalik video seks 1999 "Siapa Anwar"
| Apr 21, 2011 08:11:17 pm

 
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet "The Malaysian Insider" yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk "Siapa Anwar" yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999.

Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut.  Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengedarannya kepada orang ramai.

Beliau turut mencadangkan bahawa Rahim Thamby Chik mungkin dikaitkan dengan video yang muncul pada 1999, bermotifkan balas dendam terhadap Anwar Ibrahim memandangkan Anwar telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 daripada penjara Sg.Buluh terhadap Rahim yang menuduh tindakan jenayah dan rasuah oleh Rahim, hanya tiga bulan sebelum kemunculan video 1999 tersebut.

Kami mengambil maklum bahawa polis telah mendedahkan butir-butir mengenai siasatan video seks terkini secara aktif dan luar biasa pada tempoh-tempoh yang tertentu.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Ketua Polis Negara, Ismail Hj Omar, untuk memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak di belakang video seks 1999.  Keadilan juga menggesa KPN untuk memaklumkan kepada orang ramai apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang dikenalpasti di belakang video seks 1999.

*Kenyataan media oleh Sivarasa Rasiah (gambar kiri) selaku ahli Biro Politik, Parti Keadilan Rakyat merangkap ahli parlimen Subang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.