Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI PANDANGAN DARI UMNO, BETULKAH ?

Perjuangan Pas “Berkiblatkan” DAP, PKR Bakal Bawa Kehancuran

KUALA LUMPUR,  20 April – Pas sepatutnya sedar dan tahu bahawa perjuangan mereka yang kini “berkiblatkan” DAP dan PKR bakal memusnahkan parti berkenaan dan laungan perjuangan Islam parti itu juga hanya sekadar laungan kosong semata-mata.

 Ulasan: Pandangan ini menunjukkan UMNO jahil politik, Pas tetap dengan dasar islamnya dan tak pernah berubah-ubah

Bekas Ahli  Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika melontarkan perkara itu berkata amat jelas hari ini Pas yang sekadar membuta tuli mengikut telunjuk PKR dan DAP akan terus hanyut dibuai mimpi indah menuju Putrajaya.

Ulasan:  Mohd Nor ini menunjukkan dia keciwa kerana PAS tak mahu bersatu dengan UMNO


Menurut beliau kekalahan parti berkenaan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah satu bukti jelas dan nyata perjuangan mereka yang bertopengkan Islam dan bernaung di bawah gabungan “Ahzab” tidak memberi apa-apa faedah.

Ulasan: Jahil lagi bangang, PAS baru saja masuk Sarawak tentu  mengambil masa untuk menang lagipun pengaruh PAS bertambah disana, mengapa tak tanya UMNO kalah diKelantan dan Kedah dan negeri yang diperintah oleh PR 


“Kelima-lima kawasan yang ditandingi Pas semuanya kecundang kepada Barisan Nasional (BN) dan bukankah itu satu petunjuk kepada apa yang saya ungkapkan tadi. Mereka menentang calon BN yang diwakili parti PBB.

Ulasan:  Andainya UMNO yang bertanding di Sarawak, bolehkah ia menang ? Dan perlu di ingat orang Sarawak tak mahukan UMNO disana sepertimana di Sabah


“Apakah mereka sedar dan tahu semua itu…saya harap mereka meneliti perkara ini dan mencari jalan keluar yang terbaik demi kepentingan parti berkenaan. Saya tidak sampai hati melihat mereka terus menerus menjadi kuda tunggangan kepada sekutu mereka.

Ulasa: Tak payahlah bersimpati dengan PAS, jagalah diri sendiri, tak payahlah bersimpati, apa guna bersimpati jika kami sentiasa mempelupuh PAS


“Bukankah jelas, Pas hanya menjadi pemecah undi kepada umat Islam pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini bagi merealisasikan hasrat pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekaligus  menabalkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru,” katanya kepada UMNO-Online.

Ulasan: Bukankah islam dan melayu itu dua perkara yang berlainan ? mengapa bangang sangat ?


Ustaz  Mohd Noor seterusnya menambah, sudah tiba masanya kepimpinan Pas melakukan muhasabah selain solat hajat untuk memohon petunjuk di dalam perjuangan mereka agar tidak terus menjadi mangsa kepada kerakusan sekutunya untuk menumbangkan BN.

Ulasan: Dah solat hajat dah ! petunjuknya PAS selamat dengan PR


Katanya mungkin ada segelintir kepimpinan Pas yang sudah mula sangsi dan khuatir terhadap perkara berkenaan, namun mengambil sikap berdiam diri untuk mengenengahkan hal yang sebenar.

Ulasan:  hal sebenarnya PAS tak mungkin bersama dengan UMNO, sbb UMNO jahat asik nak penipu saja


“Lagi pun kita selalu dengar Pas selalu mengadakan solat hajat dan dalam situasi ini, apa salahnya mereka turut mengambil pendekatan yang sama bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan untuk kepentingan bersama,” katanya.

Ulasan: Ewah ewah, dah jangka dah nak bersama ? hi hi hi


Tambah beliau lagi apa yang Pas laksankan hari ini sebenarnya adalah arahan “syaitan” dan bukannya berpandukan kepada al-quran.

Ulasan : Yang syaitan itu adalah syayatinul Ins UMNO hu hu hu


“Ini kerana tidak ada satu ayat pun di dalam al-Quran dan tidak wujud satu hadis pun yang membenarkan umat Islam memusuhi semasa sendiri. Renung-renungkanlah….,” katanya. -MediaUMNO

Ulasan : Eh sejak bila UMNO jadi parti islam ? ni ngigau ke atau pimpi siang hari ? Alahai ibarat macam pungguk rindukan bulan la pulak !!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.