Dalam tempoh kempen pilihan raya Sarawak yang hanya berbaki sehari, serangan ke atas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan hari ini melalui siaran temuramah dengan penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin.
Kata-kata Raja Petra yang merupakan 'rakan karib' Anwar pada satu ketika itu disiarkan stesen TV3 melalui slot berita waktu perdana hari ini.
Dalam siaran berkenaan, Raja Petra antara lainnya menimbulkan isu berhubung "krisis dalaman" yang didakwa berlaku dalam Pakatan Rakyat serta isu-isu yang membelit peribadi ketua pembangkang itu.Berikut ialah transkrip laporan daripada temubual yang disiarkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. Itu kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang pada satu ketika dulu merupakan rakan karib ketua pembangkang itu.
Dalam bahagian kedua temubual beliau bersama wartawan kami Ashraf Abdullah, Raja Petra berkata janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Datuk Seri Anwar.
Raja Petra yang pernah diberi kepercayaan oleh Datuk Seri Anwar untuk menerajui sidang redaksi akhbar Parti Keadilan berkata dalam pakatan pembangkang pun, Anwar sebenarnya tidak dihormati.
Ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.
Raja Petra: "Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."
Hakikatnya juga, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.
Dalam kerajaan negeri Selangor sahaja, perselisihan faham antara Pas, Dap dan Keadilan amat ketara.
Raja Petra: "Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"
Contohnya, kata beliau, dalam isu penjualan arak di Selangor.
Raja Petra: "Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."
Beliau berkata selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.
Raja Petra: "Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."
0 orang berkata:
Post a Comment