Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMBALIKANLAH MORAL RAKYAT MALAYSIA


PRIBADI ITULAH MORAL

            Peribadi itulah nilai harta, budi, amal, ibadat seorang hamba yang menjadi darjat manusia disisi Allah S.W.T. Seorang muslim yang sejati, peribadi menjadi lakunya, moralnya atau akhlaknya.

Oleh kerana setiap manusia mempunyai peribadi masing-masing maka Tuhan utuskan beberapa utusan dengan nama Rasul, Nabi, Wali dan ulama’ supaya peribadi seseorang itu mengikut ajaran Tuhan melalui Al-Qur’an dan agamaNya bernama Islam.

            Peribadi manusia itulah yang menunjukkan adanya agama, Nabi, Rasul, Wali dan ulama’. Kerana peribadi seseorang itu menjadi:

1.                  Lakunya.
2.                  Fe’elnya.
3.                  Ibadatnya.
4.                  ‘Iktiqadnya.
5.                  Tauhidnya.

Beberapa bangsa besar didalam sejarah dunia yang mempunyai peribadi yang bermaharajalela. Bangsa itu hilang dari dunia ini dan hanya tinggal catatan sejarah seperti:

1.                  Bangsa Tsamud.
2.                  Bangsa’Aad.
3.                  Bangsa Rom.
4.                  Bangsa Yunan purba.

Maka leburnya bangsa yang telah maju itu kerana kerosakan peribadi mereka. kerosakan peribadi mereka menjadikan Tuhan murka. Kemurkaan Tuhan menjadikan bangsa tersebut hilang tanah airnya, hilang bangsanya dan hilang nasab keturunannya. Bangsa Arab semasa Rasullullah S.A.W memulakan tugasnya sebagai Nabi dan Rasul, telah rosak peribadi mereka kerana,

1.                  Membunuh anak perempuan.
2.                  Memperhambakan manusia menjadi abdi.
3.                  Memandang hina anak-anak miskin.
4.                  Memandang hina anak-anak yatim.

Nasib bangsa Arab itu mempunyai Muhammad S.A.W sebagai kekasih Tuhan. Dilahirkan dari perut bumi dan bumi Arab. Dengan syafaat Nabi S.A.W menjadikan bangsa Arab dengan peribadi mereka berubah daripada cemar menjadi baik dan menjalankan perubahan yang terus dari langit melalui pesuruhNya.

            Umat nabi Luth mempunyai peribadi yang kotor. Mereka melakukan homoseks, Natijahnya Allah terbalikkan bumi negeri nabi Luth hingga menjadi punah. Umat nabi Salleh yang mempunyai peribadi yang tidak taat dan tidak memegang janji, maka Allah hancur leburkan umat itu.

Jika dikaji sejarah bangsa yang telah runtuh dan hilang tanah airnya disebabkan peribadi mereka yang bermaharajalela dengan segala kerosakan sebagaimana binatang dan syaitan dan tidak patuh dan taat pada ajaran agama dan nabi. Didalam masa kita hidup ini, banyak negara yang dileburkan oleh Tuhan dengan perantaraan:

1.                  Ribut.
2.                  Banjir.
3.                  Kemarau.

Ini kerana peribadi penghuni tempat tersebut dipengaruhi oleh hawa nafsu. Agama hanya menjadi topeng sahaja. Para saintis dan teknologi boleh mencatat beribu banjir dan kemarau tetapi tidak dapat membuat kubu dan memberi jawapan mengapa berlakunya perkara tersebut bila keadaan seperti itu berlaku. Hanya setelah musnah tempat-tempat itu, manusia hanya berkata itu adalah malapetaka dunia. Segala kekayaan, kebendaan, ekonomi akan luput apabila peribadi suatu bangsa atau suatu kaum diselubungi hawa nafsu dan syahwat yang tidak terbatas.

            Islam mendidik peribadi zahir dengan nama syariat dan peribadi batin dengan nama Tasawuf, mendidik peribadi ghaib dengan nama rohani. Peribadi menjadi nilaian Tuhan kepada hambaNya. Peribadi manusia sama ada:

1.                  Cara berpakaian.
2.                  Cara pemakanannya.
3.                  Cara kesukaannya.
4.                  Cara pemikirannya.
5.                  Cara pergaulannya.
6.                  Cara sikap dirinya.

Semuanya diatur oleh Tuhan didalam agama Islam. Kerana demikian itu:

1.                  Adanya Feqah.
2.                  Adanya Usuluddin.
3.                  Adanya Tasawuf.
4.                  Adanya Tauhid.
5.                  Adanya Hakikat.
6.                  Adanya Tarikat.
7.                  Adanya Ma’arifat.

Supaya peribadi manusia itu benar-benar menjadi sempurna disisi Tuhan dengan nama Kamil Mukamil. Cara berpakaian mestilah bersih dan menutup aurat, bersih cara basuhan mengikut feqah. Cara makan mesti bersih dan suci menurut hukum sama ada sembelihan yang dikatakan halal dan rencahnya juga mestilah halal, bukannya cara sembelihan yang semberono seperti yang dilakukan oleh orang kafir.

Jika didalam agama kita wajib mengetahui asal-usul sesuatu, mengapa tidak pada peribadi yang berkenaan dengan pakaian, makanan, minumam, pergaulan, keseronokan dan pemikiran? Apa erti ‘alim? Adakah setakat mengetahui halal dan haram yang zahir tetapi jahil dalam batin dan ghaib?

            Maka tiap-tiap umat Islam yang jahil tetap tidak mengetahui fitnah zaman, tidak kenal Dajal al Masih. Pada hal kita berada dalam zaman fitnah zaman dan Dajal al Masih yang mengejar kemajuan zaman selagi berada didunia ini.

Maka untuk mengenal fitnah zaman dan Dajal al Masih, itulah gunanya ilmu ma’arifat, ilmu roh untuk menjaga diri yang menjadi peribadi sendiri. Sebab itulah umat Islam mesti berniaga, membuat kilang, minumam dan makanan, pakaian, kenderaan dan lain-lain lagi.

            Dalam soal hidup, kita menjauhkan diri supaya jangan ada iktikad Nasrani atau Majusi. Salah satunya supaya kita mengambil iktibar mengapa lambang Kristian didepan mata, ditempat tidur dan dibawa sampai kekubur. Inilah yang berlaku pada zaman ini yang sepatutnya umat Islam mengambil pandangan yang mendalam apabila melihat sesuatu supaya mempunyai iktibar yang luas.

Malangnya segala yang dilihat tidak menjadi iktibar dan hanya menyalahkan orang yang belajar tarikat, hakikat, ma’arifat dan tasawuf. Sekarang sampailah masanya umat Islam memperbaiki diri supaya terjauh daripada fitnah zaman dan Dajal al Masih, iaitu diantaranya,

1.                  Peribadi berkenaan dengan laku.
2.                  Peribadi berkenaan dengan makanan dan minuman.
3.                  Peribadi berkenaan dengan bersih dan cuci pakaian.
4.                  Peribadi berkenaan dengan pemikiran otak.
5.                  Peribadi berkenaan dengan desas-desus detikan hati.
6.                  Peribadi berkenaan dengan desas-desus jiwa raga.
7.                  Peribadi berkenaan dengan nyawa.
8.                  Peribadi berkenaan dengan Rohani dan jasmani.

Supaya dapat kita kembali mengikut jejak umat Islam pada zaman Rasullullah S.A.W bukan kerana paksa tetapi dengan kesedaran. Jika tidak, kelak ibu bapa akan menerima penderhakaan anak cucu pada masa dia hidup sama ada kata-kata yang kasar atau fe’el kasar daripada mereka terhadapnya. Padahal Al-Qur’an melarang anak-anak berkata “cis” kepada ibu bapa. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Mengapa keadaan sedemikian berlaku.

Bangsa Islam pada zaman sahabat dan Salaf memerintah dunia kerana memiliki ilmu ma’arifat. Mereka memerintah dengan adil, aman dan makmur. Ulama’ Islam akan jatuh martabatnya jika tidak memiliki ilmu ma’arifat, akan ada segolongan intelek Islam yang akan membangunkan pendapat hingga mencapai ilmu ma’arifat, proses ilmiah ma’arifat yang pasti timbul dengan sendirinya menurut keadaan alam dan masa menurut izin Allah.

            Serendah-rendah ilmu ma’arifat ialah ma’arifat Qalbun. Alangkah malangnya ulama’ yang anti ma’arifat. Bagaimanakah yang dikatakan hati yang salim? Sedangkan ilmu hati yang dinamakan ma’arifat Qalbun tidak diketahui. Tanyalah diri, hukumilah diri. Mengapa aku ini masih seorang ulama’ yang bersikap bengis dan sifat marah masih ada. Mengapa aku ulama’ pewaris nabi tetapi masih takut kepada manusia dan jin. Padahal siapa yang lebih besar darjatnya disisi Allah selain daripada ulama’ pewaris nabi. Tetapi mengapa aku masih bacul dan masih takut? Hukumlah diri sebelum ajal. Tuhan mengetahui apa yang tersemat didalam Zat dada masing-masing. Jangan lekas menyalahi itu dan ini. Jangan sesal pada hari nyawa ditarik oleh Malaikatul maut.

            Hanya dengan ilmu ma’arifat sahajalah yang dapat menyelamatkan jiwa dan raga, nyawa dan diri, tubuh dan badan. Ilmu syariat penuh dengan tawaduk dan jadi seorang muslim yang baik dan jangan menjadi “bad muslim”. Seorang muslim boleh menjadi baik jika mempunyai ilmu ma’arifat. Seorang muslim yang baik tidak akan minum arak dimana-mana majlis pun kerana taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Orang yang minum arak kerana menghormati manusia didalam sesuatu majlis, maka ia adalah suatu gejala fitnah zaman.
Dimanakah ilmu agama Islam:

1.                  Jika ada berkelas-kelas didalam masyarakat.
2.                  Jika ada arak didalam majlis.
3.                  Jika zina dilakukan.
4.                  Jika penipuan dilakukan.
5.                  Jika rasuah dilakukan.
6.                  Jika bohong dan dusta dilakukan.
7.                  Jika janji tidak ditunaikan.
8.                  Jika orang intelek tidak mahu berpuasa.
9.                  Jika orang yang berkuasa tidak mempunyai hati yang salim.
10.              Orang Islam belajar ilmu tauhid daripada penganut Nasrani dan Yahudi atau Budha dan Hindu.







1 orang berkata:

zikri said...

salam sejahtera ustaz, moga ustaz keluarga dan rakan sihat dan dibawah rahmat Allah selalu. Suka dengan posting ustaz ni...bole tak saya nak foward dlm wall saya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.