Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kempen PAS Mula Panas

Kritik Hadi mulakan kempen pemilihan PAS

Kritikan keras akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelang pemilihan kepimpinan parti itu Jun nanti memulakan suasana panas kempen.

Kritikan yang telah lama disuarakan itu membawa kembali tekanan terhadap Abdul Hadi yang bermula sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 dan memuncak semasa pemilihan 2009.

Abdul Aziz mengulangi kritikan mengaitkan Abdul Hadi dengan beberapa isu termasuk kekalahan PAS dan Terengganu pada 2004 dan kegagalan rancangan 16 September, 2008.

Abdul Aziz sebelum ini mencetuskan kekecohan dalam PAS apabila satu tulisannya pada penghujung 2009 mendorong Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan mesyuarat agung luar biasa diadakan.

Kritikan Abdul Aziz sebelum ini biasanya mendapat sokongan tokoh-tokoh yang kritikal dengan Abdul Hadi, seperti Khalid Samad, ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Kritikan terbaharu itu menimbulkan kembali persaingan dua kumpulan utama dalam PAS, yang digelar kem "ulama" terdiri daripada sebahagian besar golongan konservatif dan kem "Erdogan," yang dikuasai tokoh profesional dan berlatar belakang kumpulan Islam seperti Jamaah Islah Malaysia serta dekat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kritikan Abdul Aziz itu memberi gambaran kem ulama dan Abdul Hadi bakal sekali lagi berdepan tekanan dikaitkan isu-isu seperti dakwaan agenda kerjasama dengan Umno dalam pemilihan tahun ini, yang mampu memberi bahan kempen kepada kumpulan penentang presiden PAS itu seperti yang berlaku pada 2009.

Walau bagaimanapun, belum ada individu yang menunjukkan kesediaan untuk mencabar Abdul Hadi sebagai presiden, walaupun PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Datuk Husam Musa, bekas naib presiden untuk mencabar jawatan presiden.

Husam walau bagaimanapun menolak pencalonan itu dan menyatakan sokongan kepada presiden parti, tindakan yang menjarakkan dirinya daripada kumpulan yang dilihat sebagai penentang Abdul Hadi.

Bukit Bintang ialah kawasan yang mempunyai hubungan baik dengan Mohamad Sabu, ahli Jawatankuasa Pusat yang telah memulakan kempen mencabar Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang mewakili kumpulan ulama.

Mohamad ialah antara tokoh PAS yang paling lantang menentang sebarang kerjasama dengan Umno dan sangat kritikal dengan Nasharudin.

Pencalonan Bukit Bintang itu juga dilihat meletakkan Mohamad dalam kumpulan penentang Abdul Hadi, ekoran hubungan baik kawasan itu dengan Mohamad, yang sebelum ini dilihat sebagai tidak bersama sama ada kem ulama ataupun Erdogan.

Mohamad walau bagaimanapun mempunyai hubungan lebih baik dengan kumpulan Erdogan, antaranya disebabkan penentangan terhadap apa yang dilihat sebagai agenda bersama dengan Umno.

Mohamad telah memulakan kempen membina sokongan dalam usahanya mencabar Nasharudin. Satu acara pelancaran kelab penyokong tokoh terkenal dengan imej marhaen itu - termasuk kumpulan Facebook Kelab MohamadSabuDotCom - dijadual diadakan pada 6 Mei nanti di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Kempen Mohamad ini merupakan yang paling awal dan agresif dalam musim pemilihan kali ini, bermodalkan sentimen sokongan meluas tokoh lama PAS ini dan populariti Nasharudin yang dilihat merosot.

Mohamad juga dilihat lebih yakin ekoran tokoh agamawan yang dianggap layak dan berpotensi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak pencalonan.

Bentuk kempen Mohamad itu walau bagaimanapun dikritik sesetengah pihak yang menyokongnya sebagai memperlihatkan sikap terlalu ambisius.

Kempen yang membangkitkan semula sentimen penentangan terhadap usaha berbaik dengan Umno dengan menyimpulkannya sebagai "kerajaan perpaduan - yang telah mencetuskan krisis dalam parti sejak 2008 - sebagai kritikan terhadap kem ulama juga dikritik sebagai berpotensi memberi kean negatif terhadap Mohamad.

Nasharudin sejak beberapa bulan lalu dispekulasi tidak akan mempertahankan kedudukan, tetapi dijangka sesetengah pihak akan mempertahankan jawatan dan mendapat sokongan tokoh-tokoh ulama yang berpengaruh dalam kalangan ahli akar umbi.

Sentimen meluas yang mahu timbalan presiden dipegang pemimpin berlatar belakang agama berpotensi membina sokongan untuk Nasharudin sekiranya beliau mempertahankan jawatan dan tidak ada tokoh agamawan popular lain bersaing untuk jawatan itu.

Mohamad dan Husam terlibat dalam pertandingan tiga penjuru dengan Nasharudin untuk jawatan timbalan presiden pada 2009, dengan keputusan Nasharudin mempertahankan jawatan dengan undi yang selesa.
 
Ulasan
Orang luar boleh buat komen terhadap perjalanan perjuangan PAS namun mereka sepatutnya perlu tahu apa dasar terkini PAS yang dirancang untuk memikat hati orang ramai, kritikan orang ramai ada kalanya sangat berfaedah kerana ia mungkin akan dapat membantu kelemahan rancangan yang sedia ada didalam PAS

Bukan sesuatu yang mudah untuk melawan dasar kerajaan yang ada, tambahan lagi dasar yang diamalkan oleh kerajaan yang ala firaun yang sangat memeningkan Nabi Musa sehinggakan dia terpaksa mengadu kepada Tuhan kerana ketidak tahannya Nabi Musa dengan pengaruh kebendaanya

Pas dilihat semakin berkembang akan tetapi ia berjalan agak perlahan kerana ada peraturan pantang larang bergerak oleh kerajaan, disinilah PAS perlu mengasah bakat keberanian yang perlu diamalkan oleh setiap ahlinya, jika boleh ikut macam keberanian polis yang dilihat sebagai keberanian yang tidak ada timbang rasa

Selalunya semangat yang di bakar oleh pimpinan PAS terhadap orang ramai akan menjadi cepat sejok kerana tidak di ikuti dengan tindakan disamping perancangan yang agak terhad dan teragak-agak kerana ada keraguan terhadap perancangan yang disediakan, ini kerana tidak ada keberanian yang jitu untuk berjuang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.