Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Othman Mustapha KP Jakim baru

April 21, 2011
PUTRAJAYA, 21 April – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, dilantik ketua pengarah agensi itu berkuat kuasa Ahad ini.

Beliau menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang akan bersara wajib pada Sabtu ini selepas lebih tiga tahun memimpin Jakim.

Majlis penyerahan nota serah tugas jawatan berlangsung Khamis disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, lapor Bernama Online.

Jamil Khir berkata kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi kepimpinan Wan Mohamad yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan menjadi Ketua Pengarah Jakim sejak Julai 2007.

Jamil Khir berkata Wan Mohamad akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) berkuatkuasa serta merta selepas kepimpinannya terserlah ketika menerajui Jakim.

“Tugas beliau akan ada kesinambungannya, yang diharap dengan menerajui kedua-dua institut tersebut, akan memberi kesan yang lebih menyerlah,” katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Othman berkata beliau akan sentiasa mendapatkan nasihat daripada menteri dalam melaksanakan perancangan dan strategi selain memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai dalam waktu yang ditetapkan.

Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah, dan telah menyertai dan berkhidmat di Jakim sebagai pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

Beliau pernah menjadi Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Pengarah Jakim cawangan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.