Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA DAH MULA NAK MASUK DALAM JUBAH PAS

“Penyembah” Anwar Atur Kedudukan Dalam Pas Tidak Mengejutkan – Fairus

KUALA LUMPUR 21 April – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin tidak menolak desas-desus yang menyebut

terdapatnya usaha oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengatur “saudagar-saudara mimpinya” yang lain untuk berada  di dalam kepimpinan Pas menjelangnya muktamar agung parti itu Jun ini.

Beliau yang merupakan bekas orang kepercayaan  Anwar seterusnya meminta kepimpinan Pas perlu melakukan sesuatu untuk menghalang anasir yang boleh merosakkan parti itu demi kelangsungan perjuangan parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam.

“Saya sedikit pun tidak terkejut dengan perkembangan itu kerana saya lebih mengenali Anwar…Beliau adalah makhluk yang akan menggunakan apa jua taktik untuk memastikan ‘orang-orangnya”  berada di dalam Pas.

“Tambahan pula dengan kedudukannya yang dikatakan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang, sudah pasti Anwar mahukan mereka yang boleh mengawal  Pas daripada dalaman untuk memastikan beliau terus berada di puncak kekuasaan di dalam rakan-rakan pembangkang.

“Anwar  mungkin sedar dan bimbang rakan-rakan sekutunya akan menolak kepimpinan beliau sebagai peneraju disebabkan  oleh liabiliti tadi. Sebab itulah saya tidak terkejut dengan desas-desus berkenaan. Cuma saya berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah susulan untuk menyekat kemaraan golongan saudagar mimpi Anwar ibrahim itu,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang kini berlegar bahawa Anwar sedang mengatur orang-orangnya untuk berada di dalam saf kepimpinan Pas menjelang muktamar agung parti tersebut Jun nanti.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin mendedahkan golongan ‘Anwarinas’ yang ‘menyembah’ dan bertuankan Anwar Ibrahim terus merosakkan perjuangan asal Pas apabila bertanggungjawab mempengaruhi dan memanipulasi rakan-rakan di dalam Pas untuk lebih liberal.

Katanya pengaruh dan peranan licik golongan ‘Anwarinas’ itu menyebabkan Pas sanggup bersikap liberal ‘menghalalkan’ lesen arak dan kegiatan judi dengan membuat Pas bersikap membisu

Kata beliau lagi, agenda golongan ini di dalam Pas begitu berkesan sehingga pemimpin Pas mengorbankan perjuangan Islam untuk menjayakan pakatan pembangkang.

Khairuddin seterusnya menegaskan, jika Pas parti yang bermaruah, mereka tidak boleh membiarkan anasir berkenaan daripada menghancurkan parti tersebut.

Katanya sampai bila Pas harus menuruti kehendak Anwar dan menjadi pengikut yang setia di dalam pakatan pembangkang  dan bukannya berpaksikan kepada teras perjuangan sendiri.

“Jadilah parti yang bermaruah..saya tahu kepimpinan Pas menyedari perkara ini. Namun mungkin disebabkan tersepit antara kuasa dan perjuangan, mereka mendiamkan diri.  Janganlah terlambat kerana risikonya cukup besar,” katanya. -MediaUMNO

3 orang berkata:

Anonymous said...

itulah cara umno untuk memecahkan perpaduan... macam-macam cara mereka cuba lakukan untuk memecah belahkan pakatan Rakyat!!! Jangan hiraukan itu semua.. kalau boleh tak perlu nak bertanding biarkan apa yang ada sudah hampir dengan PRU 13 .. sibuk membuat pemilihan baru cukuplah apa yang berlaku dulu.....kalau mencari calon baru akan lebih memudaratkan.. lagi akan terjadi perpecahan sesama sendiri sedangkan apa yang kita mahu adalah kekukuhan pakatan Rakyat menghadapi PRU13 nie!!!

hussin said...

pandangan kedua. kempen bagi pihak "kepimpinan ulama" yang kian tercabar.

umno khuatir akan perubahan yang boleh berlaku dalam pas. set2 lama, sudah tercipta 'silaturrahim', cuma bagaimana merealisasikannya.

set baru akan jadi mimpi ngeri buat umno. banyak lagi "nasihat2" sebegini akan berlaku, khususnya oleh utusan malysia. bersmanya ada pakar "kerajaan perpaduan".

hubaya2lah...

chuss said...

"penentu masa depan pas"

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/04/penentu-masa-depan-pas.html

utusan juga turut berkempen bagi pihak pas, seperti yang dijangkan! yang mahu dipertahankan gandingan hadi dan nasharuddin.

"Pada masa ini, PAS dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Nasharudin Mat Isa.

Persoalannya, masih wujudkah semangat syura di kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang ingin bertanding dua jawatan berkenaan?"

kenapa baru sekarang uusan menekankan bab syura? kenapa tidak menegur pas kerana bertemu umno dengan mengenepikan syura?

sudah tentu utusan mempunyai agenda sendiri dengan cuba berperanan dalam pemilihan pas.

komen anon 9:57 sangat menepati apa yang dikehendaki oleh utusan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.