Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT MAHU BERUBAH


Blogger@Sarawak : Kebangkitan Massa menuju Sarawak Baru !


albanjari | Kuching
16 April 2011. Hari penting bagi Sarawak. Ibu-ibu dan bapak-bapak di seluruh Sarawak kian tidak sabar menanti hari keramat itu. Anak muda Iban, Melanau jua Bidayuh semakin 'bengis' menolak Pehin. Pehin seumpama satu fatamorgana 'ngeri' untuk rakyat Sarawak. Jika di kota Kuching, anak muda ada yang boleh 'muntah' bila disebut nama itu dikhalayak mereka. Itu realiti. Perubahan Massa yang tidak dijangka.


Lihatlah 'crowd' dari kebangkitan massa rakyat Sarawak. Pehin kian gementar. Terubuk Masin telah bertukar jadi Pehin Masin. Masinnya hingga langsung tidak upaya untuk menyantuni segala jasanya yang terpalit bersama kerakusan kuasa dan kezaliman kepada rakyatnya sendiri. Tanah-tanah adat jadi hak mutlak sendiri. Orang asal dihambat keluar dari bumi demi meloba kekayaan kroni. Pehin kini menuju ke fasa' jahanam' kuasa.

Jeritan ' Ubah' dan 'Sarawak Baru' bergema setiap hari, lantas mewarnai pasar pagi Satok yang sepi sebelum ini. Mereka merayakan demokrasi untuk segera menolak Pehin ke tepi kuasa. Kuasa rakyat ! Kuasa massa yang sangat digeruni.




Kibaran bendera BN jangan kamu cari di situ. Siapa bilang BN semakin teguh dihati rakyat Sarawak? Jangan bohong lah..! Bomoh-bomoh Pehin yang perkasa sebelum ini sudah kembali 'sakit'. Luluhan doa dan solat munajat seluruh orang islam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak buat jin-jin dan sihiran mereka menjadi debu mati kini. Iblis suruhan mereka juga jadi puing-puing jagung yang hangus terbakar.

BN semakin goyah. BN Sarawak minta nyawa sekarang. Kebangkitan Nasionalisma Dayak di bumi Sarawak begitu mengerunkan siapa saja, Najib jadi bingung. Pehin bungkam tersipu malu. Ragad yang jelita terkunci nafsu. "Sihir kunci mulut" kini jadi senjatan makan tuan buat taib.

Daulah islam semakin membiak. Sokongan kepada PAS semakin bertambah. Melanau, Iban kini semakin menjauhi parti BN yang disifatkan 'penjajah' baru yang merampok apa saja yang ada hampir 30 tahun. Ego besar  'James Brooke' BN yang punya bini lawa itu semakin ditolak rakyat. Itulah kehendak massa..!

Beting Maro dan Sebuyau semakin kukuh digenggam kemenangan. Usaha keras yang berbaki sehari ini diteruskan, azam yang tinggi begitu membulat untuk PAS menawan DUN ini dengan bergaya. Analisa blogger dari bilik, tidak ubah seperti syaitan bukit yang hanya gemar menyalak. Semangat ' Sarawak Baru' menolak kumal segala analisa jahat yang melemahkan hasrat 'massa' rakyat Sarawak.

Begitu juga Sadong Jaya, permata baru buat PAS. Batu bukit buat BN ! Blogger dari bilik boleh bungkus kain baju sekarang. Analisa kumal kamu tidak lagi releven. Analisa kamu sudah jadi Terubuk masin impot !

PAS dan jenteranya, kini begitu bersemangat, dengan semangat juang yang tinggi, biarpun pelbagai teori 'ramalan' diberikan oleh blogger dari bilik. Langsung tidak menjadi kudis yang menyakitkan ! Malah aku kagum kerna kerja kerja jihad untuk kemenangan PAS berterusan dipadu di situ.

Catatan pagi ini setelah melihat selama berada di Sarawak, aku yakin dengan janji Allah untuk islam. PAS akan menawan sekurang-kurangnya 2 DUN, dan insyaAllah Sadong Jaya akan memberi kejutan maha dahsyat. 

Sumber yang rapat dengan aku dari Semenanjung kini menyatakan seluruh negara bersolat hajat untuk kemenangan PAS di Sarawak. Ingat ! Munajat dan doa adalah senjata terakhir yang ada pada semua pejuang pejuang islam di sini. Harapan yang semakin gemilang biarpun dinafikan oleh musuh musuh islam. Semoga islam terus ber'syiar' di Sarawak. Yang jelas, Sarawak akan berubah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.