Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Siapa yang boleh selesaikan ?

Kristian mahu penyelesaian kekal isu Alkitab, kalimah Allah

PETALING JAYA, 14 April — Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) masih kekal tidak yakin dengan formula 10 perkara yang diumumkan oleh Putrajaya pada 2 April lalu bagi menyelesaikan isu Alkitab sambil mendakwa pendekatan itu hanya sebagai “langkah ad hoc dan jangka pendek” semata-mata.

Pertubuhan itu menegaskan formula tersebut masih belum menyelesaikan isu berkaitan dengan penggunaan kalimah “Allah.”

“Kami menganggap penyelesaian 10 perkara sebagai penyelesaian ad hoc dan jangka pendek,” kata Presiden CFM Ng Moon Hing di sini hari ini.

Ng menjelaskan formula 10 perkara sebenarnya telah gagal menangani isu akar umbi yang menyelubungi masyarakat Kristian, yang melarang penerbitan yang mempunyai kalimah “Allah.”

Beliau kemudian memetik tiga undang-undang yang dilihat sebagai punca kepada masalah semasa, iaitu:

— Larangan Alkitab 1982 dan larangan 1983 ke atas “Perjanjian Baru” di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas alasan Alkitab adalah ancaman kepada kepentingan keselamatan Negara

— Perintah pentadbiran 1986 melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian atas alasan ketenteraman awam dan untuk mengelakkan salah faham antara komuniti Islam dan Kristian

— Garis panduan bahagian kawalan dan penerbitan buku teks Al-Quran yang melarang penggunaan kalimah Allah “(Langkah) satu negara dua dasar mengelirukan dan tidak boleh diterima,” kata Ng.

“Kami mengulangi bahawa kitab Injil adalah kitab suci kami dan hak kami untuk membaca dan berdoa dalam bahasa pilihan kami, sebagaimana kebebasan untuk beragama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ng.

Beliau kemudian merujuk kepada perkara sembilan penyelesaian 10 formula yang “menekankan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu agama.”

“Oleh itu kerajaan harus mengambil langkah-langkah segera untuk mengatasi punca-punca asas dengan menggugurkan klausa-klausa yang dilaksanakan di bawah (peruntukan) ISA dan perintah pentadbiran dan untuk meminda garis panduan bagi mengetepikan larangan-larangan (sedia ada),” kata Ng lagi.

Di bawah formula yang diumumkan awal bulan ini, Putrajaya berkata, kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Formula lain dalam penyelesaian itu ialah:

— Kitab Injil dalam bahasa etnik laik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh dicetak dalam negeri dan diimpot masuk

— Bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai komuniti Kristian besar, tidak terdapat syarat kepada pengimpotan dan percetakan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa asli lain. Syarat untuk cap “Penerbitan Kristian” dan juga nombor siri turut terkecuali dan tidak perlukan

— Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda Salib pada kulit hadapan

— Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut

— Arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan isu kitab Injil ini diimplementasi dengan cara berkesan mengikut keputusan Kabinet

— Bagi kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia yang disita di Kuching, Gideon, para pengimpot boleh memungut 30,000 kitab Injil tersebut tanpa sebarang kos. Ini adalah berikutan tawaran daripada kumpulan penderma Kristian untuk membiayai kos yang terlibat.

Tawaran sama juga telah dibuat untuk pengimpot 5,100 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia di Pelabuhan Kelang yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia minggu lepas

— Lebih daripada isu Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ini, kerajaan mengekalkan komitmen untuk terus bekerja dengan kumpulan Kristian dan juga kumpulan penganut agama lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu agama demi mengekalkan persefahaman antara agama dan penyelesaian mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang di Malaysia. Bagi mempercepatkan penyelesaian terhadap isu ini, Perdana Menteri Malaysia akan bertemu dengan wakil CFM

— Anggota Kabinet yang beragama Kristian turut akan bertemu dengan wakil daripada kumpulan-kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu agama dan mencari jalan penyelesaian bersama lementerian yang relevan dan Perdana Menteri

Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.