Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA SESUATU ITU TANPA SEBAB

MAKA SEBAB ITULAH MENJADI PUNCA

Kalimah sebab itu adalah perkataan yang dijadikan Tuhan bagi berlaku
sesuatu kepada makhluk dan alam sekeliling. Kerana sebab itulah timbul
pelbagai masalah kepada manusia sejagat, sama ada maju atau mundur ataupun
hina atau mulianya masyarakat.

Perkara matipun Tuhan jadikan bersebab, sekurang-kurangnya dengan
sebab sakit. Masalah sebab menjadi peristiwa biografi semasa hidup manusia.
Tidak dapat melarikan diri daripada perkara sebab jika menimpa diri mereka.
Terserahlah kepada seseorang mengawasi sebab-sebabnya dan memilih
sebab-sebabnya. ‘Nature’ ini wujud dengan dijadikan Tuhan dan bukan wujud
dengan sendirinya. Sebablah yang menjadikan keadaan sakit, sihat, mati, hidup,
merana dan sebagainya. Dengan sebab itulah,

1. Awang Jambul dibunuh oleh raja Singapura – zaman Melayu Hindu
2. Hamzah Fansuri menerima nasibnya seperti Al-Halaj
3. Imam Syafi’e melarikan diri dari Baghdad ke Mesir
4. Nama baik Hang Jebat jadi hina
5. Jasa baik Datuk Bahaman, pahlawan Melayu hilang

6. Darah mengalir di Pasir Salak menjadi sejarah
7. Perang saudara di Selangor menjadi peristiwa
8. Ajaran Tasawuf menjadi momok kepada umat Islam
9. Ajaran Rohaniah tidak dikenal oleh umat Islam
10. Ajaran Ma’arifat luput dari alam jagat Islami
11. Asal kebudayaan Islam hilang daripada pengetahuan
12. Ajaran mengenal diri dibenci oleh sebilangan ulama’ feqah
13. Hemah orang Islam rendah
14. Orang Melayu goncang didalam pendiriannya pada sesuatu
15. Orang tidak dapat membezakan yang dinamakan iman kepada Islam,
Yahudi dan Nasrani
16. Muhibbah itu lenyap pada manusia
17. Khalwat menjadi undang-undang bermukah dan seribu satu macam
maksudnya

Dengan sebab itulah manusia menerima Qadar dan Qadha,
1. Sebab megah diri Azazil menjadi Iblis
2. Sebab degil Firaun tenggelam didalam laut
3. Sebab tamak Namrud jadi kafir
4. Sebab belot jatuhnya kerajaan Melayu Melaka
5. Sebab bodohnya Pak Kaduk, ayamnya menang kampungnya tergadai
6. Sebab angan-angan si Luncai terjun dengan labu-labunya
7. Sebab marahlah Dang Anum dibelah perut oleh Sultan Mahmud

Kerana sebab-sebab itu menjadi masalah, maka Islam menganjurkan
musyawarah pada tiap-tiap hal yang dikenal dengan projek pada masa kini.
Maka bunyi pantun orang perak
Pulau Katak, Pulau Pangkor,
Nampak dari Pulau Sembilan,
Tahu meletak tak tahu mengatur,
Hanyut badan sepanjang jalan.
Orang masuk neraka kerana enam sebab, iaitu:

1. Orang kaya dengan para pekerja, tolong menolong tanpa muafakat
2. Raja dengan kezaliman
3. Ketua dengan sifat bongkak
4. Orang berniaga dengan khianat
5. Pekerja dengan kebodohannya
6. Hasad

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.