Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Berita Bergambar: Pemilik, pewaris tanah Kg Baru tolak RUU PPKB

En. Mohd Nor Hassan (duduk kiri) 
mewakili generasi kedua warga Kampong Baru
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) didesak supaya menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) 2010.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang mewakili Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) menerima memorandum bantahan tersebut daripada wakil penduduk Kampung Baru yang hadir ke Parlimen pagi ini.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, beliau berkata, wakil Pakatan Rakyat tetap bertegas untuk menolak sebarang cadangan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru sekaligus menolak RUU PPKB 2010.
"Kami ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa mesej ini daripada pemilik dan pewaris tanah bahawa apa sahaja yang berkaitan tanah Kampung Baru hendaklah mengambil kira kepentingan dan persetujuan pemilik dan pewaris tanah dan bukannya wakil-wakil NGO yang mempunyai kepentingan tersendiri," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.
RUU PPKB 2010 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh KWPKB di Dewan Rakyat pada 17 Disember tahun lalu.
Ia dijadualkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen Mac tahun ini namun ditangguhkan ke sesi Parlimen Jun sekarang ini setelah mendapat bantahan daripada penduduk.
Penduduk Kampung Baru menolak RUU tersebut kerana jelas ianya akan merampas tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak 110 tahun dahulu.

Deklarasi Pemilik Tanah Kg. Baru

Turut dipersoal mengenai penubuhan perbadanan tersebut sedangkan Kampung Baru telah mempunyai suatu institusi pentadbiran yang sah iaitu Lembaga Pentadbiran Malay Aggricultural Settlement (MAS).
"Kenapa tidak dibangunkan Kampung Baru melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sudah mempunyai kuasanya yang sah.
"Kenapa tidak kerajaan memperkukuhkan institusi ini dan memberikan segala bantuan dan sokongan kepada institusi ini yang telah lama mentadbir Kampung Baru?" soalnya.
Seorang wakil penduduk, Mohd Nor Hassan mendakwa mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum RUU tersebut dibawa ke Parlimen.
"Menteri tipu kata semua penduduk setuju dengan RUU ini sedangkan mereka tak minta persetujuan kami pun. Sudah dibawa ke Parlimen baru bincang dengan kami.
"Kami sebulat suara membantah Rang Undang-Undang ini. Ini tanah kami, kami berhak membuat keputusan ke atas tanah kami," tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mencadangkan satu jawatankuasa khas Parlimen ditubuhkan untuk membincangkan perkara ini.
"Saya cadangkan kerajaan tubuhkan jawatankuasa khas Parlimen yang disertai wakil-wakil parti-politik bagi menilai perkara ini dan mendapat keputusan yang memuaskan hati semua pihak," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Kamarudin Jaafar (PAS-Tumpat) pula berkata, jika di Sarawak rakyat bangkit menentang ketuanya menterinya, Tan Sri Taib Mahmud yang merampas tanah mereka, di Wilayah Persekutuan juga seolah-olah akan berlaku perkara yang sama.
"Dalam pilihan raya Sarawak, isu besar yang dibangkitkan ialah ketua menterinya merampas tanah rakyat rupa-rupanya di Kuala Lumpur pun ada menteri yang nak rampas tanah rakyat," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) dan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.