NAK KASI TAHU SPR, ISU SENTIMEN TIDAK TIMBUL, YANG JADI ISU BERSIH IALAH KEKOTORAN SPR YANG BERSEKONGKOL DENGAN BN
Nampak sangat SPR hendak membodohkan rakyat, SPR patut tidak memandang rakyat di negara ini sebagai warga yang bodoh untuk memikirkan sesuatu, rakyat sudah dapat menilai ketelusan SPR dalam mengendalikan sesuatu pilihanraya, terlalu banyak kepincangan yang telah dilakukan oleh SPR yang telah dapat dikesan oleh rakyat terutama pengundi pos, pengundi hantu, pemindahan daftar pengundi, pengundi yang mengundi dua kali, pengundi dari luar yang didaftarkan sebagai pengundi, menggunakan penggunaan dakwat kekal, rasuah dan istilahnya perlu diterangkan
Jika pengurusi SPR bersikap bersih dan tidak berat sebelah dia sepatutnya bersedia berjumpa dengan BERSIH dan berbincang secara aman KEMUDIAN bertindak membetulkan keadaan sebagaimana yang dituntut oleh BERSIH pengikut peraturan pilihanraya yang disediakan oleh pehak kerajaan sendiri, pokoknya ialah bertindak untuk memperbetulkan apa yang tidak betul, andainya berjumpa dan berbincang tanpa bertindak memperbetulkan apa-apa kepincangan lebih baik tak usah berjumpa dan berbincang
Andainya SPR memberikan hujah bahawa ketelusannya mengendalikan pentadbiran dan gerak kerja yang bersih dalam pilihanraya sebagai alasan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 08 maka alasan tersebut adalah sebagai bodoh dan tidak boleh diterima pakai sebab itu adalah suatu kesedaran rakyat di negeri tersebut dalam jumlah yang ramai dan mungkin kerana sentimen kaum yang dimainkan oleh UMNO yang menyebabkan kaum lain juga ikut bersentimen sama
Sudah banyak kerja yang dilakukan oleh SPR yang agak menjolok mata rakyat tentang ketidak telusannya dengan bukti-bukti yang telah dikenalpasti perlu diselesaikan dengan telus dan jujur buka sekadar menjawab dengan alasan yang bodoh seolah-olah rakyat di negara ini tidak dapat menilai mana yang betul dan salah, sebab itu BERSIH menuntut kebersihan bukan disebabkan sentimen sebagai jawapan yang menesabah oleh pehak SPR yang dapat diterima oleh rakyat di negara ini
SPR patut berfikir secara matang mengapa BERSIH sanggup keluar beramai-ramai sehingga ratusan ribu orang malah telah di analisa lebih dari 1 juta orang yang mungkin turun untuk melakukan tuntutan kepada SPR supaya bersikap telus dan memperbaharui pentadbirannya ? Apa yang rakyat nampak sekarang ialah apabila ada golongan yang beria-ia benar mahu menentang himpunan BERSIH seperti PERKASA dan Pemuda UMNO maka disana terserlah ada niat jahat yang mahukan SPR tidak melayan BERSIH supaya kekotoran SPR terus memenangkan BN kerana kekotoran tersebut
PERKASA dan Pemuda UMNO memanglah mereka mahukan kemenangan dengan kerja kekotoran mereka dan mereka tentunya mahukan SPR membisu seribu bahasa supaya tidak melayan BERSIH kerana disitulah tangga kejayaan mereka sementara PERKASA adalah mempunyai niat yang di ibaratkan sebagai dedalu yang menempel cari makan yang mengharapkan belas kasihan daripada UMNO kerana Ibrahim Ali dan rakan-rakan kataknya tiada mempunyai harapan untuk menang pada PRU 13 nanti jadi mereka tentunya diarah menentang BERSIH supaya mengekalkan kekotoran, pada mereka harap-harapkan sabut timbul dan harapkan batu juga timbul
Rakyat fahan bukan senang bagi SPR untuk berkecuali didalam kerja penipuan pilihanraya yang mana dia terpaksa bersikap berat sebelah kepada BN kerana disitulah tempat dia mencari makan dan semua ini telah dimaklumi oleh rakyat namun SPR perlu berfikir dua kali bahawa kekotoran yang dilakukannya itu bakal akan dihitung oleh Allah diakhirat nanti kerana tidak amanah menjalankan tugas, rakyat sudah tentu tidak akan mema'afkan mereka hingga keakhirat nanti, apa yang perlu dilakukan oleh SPR adalah mengelakkan diri dari kerja bersubahat dengan meletak jawatan atau membetulkan keadaan yang salah
0 orang berkata:
Post a Comment