Pemuda PAS gesa Putrajaya dedahkan maahad rekrut belia sertai JI
June 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Dewan Pemuda PAS mencabar Putrajaya mendedahkan maklumat sebenar ekoran laporan akhbar milik Umno bahawa sebuah maahad swasta dijadikan pusat merekrut belia bercirikan fahaman Salafiah Jihadiah.
Akhbar Mingguan Malaysia, terbitan Kumpulan Utusan, mendakwa sebuah maahad swasta merekrut belia malah pelajar yang direkrut di maahad atau pembelajaran agama Islam dipercayaai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.
Kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara pemimpin dari Indonesia Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.
“Dewan Pemuda PAS pusat mendesak agar kerajaan menjelaskan sekolah maahad swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses merekrut anggota-anggota JI dan siapakah sumber yang dikatakan risikan antikeganasan, seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan (Mingguan) Malaysia hari ini.
“Akhbar Utusan (Mingguan) Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah,” kata ketuanya Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Tegas beliau, laporan muka depan akhbar milik Umno itu yang tidak tepat boleh menimbulkan rasa takut di kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah maahad.
“Apa yang merisaukan laporan Utusan (Mingguan) Malaysia ini terlalu samar bila mana sumber risikan itu tidak didedahkan dan sekolah maahad mana tidak disebut, secara langsung ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad ini.
“Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang di tahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkuk di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas Nasrudin, sekiranya gerakan JI benar-benar wujud Putrajaya perlu mendedahkan sekolah maahad yang merekrut belia.
“Sekiranya betul wujud (gerakan JI), kami minta didedahkan sekolah yang terlibat kerana sekolah agama maahad diwujudkan bukan untuk merekrut pengganas seperti yang digambarkan oleh Utusan Malaysia tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.
“Tindakan Utusan Malaysia ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk AS (Amerika Syarikat) yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga AS dan Israel,” katanya.
Tambah beliau, laporan akhbar itu akan menjadikan sekolah maahad menjadi “mangsa keadaan” sekiranya tidak benar.
“Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah maahad.
“Telah terbukti, sekolah-sekolah maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik,” katanya.
Menurut sumber risikan antikeganasan, hasil kerjasama bersama pengendali maahad itu antara 1985 dan 2000, kumpulan militan yang menjadikan negara ini sebagai transit merekrut kira-kira 100 rakyat tempatan dan Indonesia sebelum dihantar menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan dan kem MILF di selatan Filipina.
Fahaman ekstrem Salafiah Jihadiah dikatakan merupakan pegangan utama kumpulan Al-Qaeda, JI serta para pengikutnya.
“Maahad itu sehingga kini dipercayai masih aktif digunakan untuk menyebarkan fahaman tersebut kepada kaum muda. Terdapat beberapa tokoh fahaman ini sama ada di luar atau dalam negeri giat menyampaikan ceramah di maahad tersebut.
“Akhir tahun lalu, tiga pelajar maahad berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa kerana menunaikan sembahyang Jumaat berasingan atas alasan masjid-masjid lain mengamalkan bidaah,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia.
Menurut sumber itu lagi, antara ciri fahaman Salafiah Jihadiah adalah mendakwa mereka ahli Sunah sebenar, menolak Ijmak dan Qias, mendakwa perayaan Maulidur Rasul adalah haram serta menganggap orang Islam yang tidak mengikut mereka adalah bidaah dan sesat, terkeluar daripada Islam dan wajib diperangi.

0 orang berkata:
Post a Comment