Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PAYAH TUNJUK PADA ZAHID ANAK LELAKI HAMIDI MODEL NEGARA KEBAJIKAN, BUDAK BODOHPUN FAHAM

Zahid cabar PAS tunjuk model kebajikan Islam

June 19, 2011
MACHANG, 19 Jun Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dicabar mengemukakan model projek negara kebajikan berasaskan Islam yang dilaksanakan sepanjang 20 tahun parti itu memerintah Kelantan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata PAS tidak perlu menuduh Umno kononnya projek-projek yang dijalankan sebelum ini tidak menepati kehendak Islam jika mereka gagal menunjukkan model yang telah dilakukan. 

 “Walaupun diberi peluang dalam tempoh yang panjang setahu saya tiada apa-apa model yang boleh ditunjukkan,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Beliau merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di sini, petang semalam. 

Zahid mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa bahawa projek-projek kebajikan yang dilakukan oleh Umno tidak menepati kehendak Islam. Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata kerajaan persekutuan memperuntukkan lebih RM78 juta setahun untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam pelbagai bidang. 

Katanya ini termasuk subsidi kepada golongan petani dan nelayan, orang tua, orang kurang upaya (OKU), buku teks dan bantuan wang kepada pelajar miskin. “Adakah pemberian itu tidak berasaskan Islam,” katanya dalam laporan itu. 

Beliau berkata alasan itu cuma untuk mengaburi rakyat apabila parti itu gagal dengan misi untuk membangun sebuah negara Islam dengan yang terbaru menukarkannya untuk membangun sebuah negara berkebajikan berasaskan desakan DAP. Zahid berkata jika parti itu ikhlas untuk membangun sebuah negara Islam dan dengan menampilkan perlembagaannya sebagaimana yang dituntut oleh Islam, Umno akan menyokongnya. 

Beliau berharap perjuangan yang tidak konsisten itu dapat membuka mata pengundi yang berada “atas pagar” agar mereka menyokong Umno yang benar-benar ikhlas untuk perjuangan bangsa dan agama pada pilihan raya umum akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.