Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO REPOT POLIS HIMPUNAN BERSIH, TAMBAH LAGI 100 RIBU LAGI

Bersih 2.0: Pemuda Umno, NGO buat laporan polis

June 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Pemuda Umno hari ini membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini berhubung himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Turut membuat laporan serupa ialah Persatuan-persatuan Peniaga Bumiputera dan Penjaja, Perkasa, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (Sheb), Persatuan Belia Islam Kepong, dan Persatuan Anak Terengganu (Gertak).

 Laporan Bernama Online memetik Exco Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata laporan itu dibuat bagi mengelak berlakunya kekecohan pada perhimpunan itu.

“Dari pengalaman lepas kita tengok perhimpunan Bersih ini bertukar menjadi huru-hara dan merugikan peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Kalau dahulu, kita buat laporan selepas perhimpunan, tapi sekarang kita buat laporan awal supaya polis mengambil tindakan awal menghalang perhimpunan itu,” katanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua baru-baru ini menyatakan bahawa 60,000 orang akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menuntut kerajaan membuat perubahan pada undi pos dan menggunakan dakwat kekal semasa pilihan raya.

Di Putrajaya, Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) dan Wira Perkasa Putrajaya hari ini meminta rakyat Malaysia khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dengan perhimpunan dan demonstrasi Bersih itu.

Pengerusi Gempur Hisamudin Yahaya berkata perhimpunan itu tidak membawa kebaikan kepada pembangunan negara.

“Pada perhimpunan Bersih yang lepas banyak perkara tidak diingini berlaku antaranya merosakkan harta awam, kesesakan lalu lintas yang teruk, peniaga mengalami kerugian, dan pelancong takut dan rasa tidak selamat,” katanya.

Gempur dan Wira Perkasa Putrajaya hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tadi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.