Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



Umno takut hilang kuasa jika pilihan raya adil

Posted on Sunday, June 19 @ 09:07:50 PDT by paktam

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Anwar Ibrahim menuduh Umno takut untuk mehttp://foongsite.com/wp-content/uploads/2008/07/anwar_ibrahim_speaking.jpgngadakan pilihan raya bebas dan adil ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam setahun ini semakin meningkat.
 
Anwar melahirkan pendirian ini ketika barisan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan membuat persiapan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0


Media milik Umno dan pemimpin Umno-BN mengkritik penganjuran himpunan itu. ìMengapa tidak Umno (mahu) mengadakan pilihan raya bebas dan adil?î kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields baru ini  ini. 

“Jika mereka mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas, mereka bimbang akan kalah,î kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. Anwar menuduh media yang dikawal kerajaan mewakili persekitaran ìyang tidak adil dan rasuahî.

Beliau juga menekankan bahawa rakyat hanya mahukan hak-hak yang termaktub di bawah perlembagaan untuk merasai pilihan raya yang adil dan bebas. “Kini pilihan raya tidak adil dan tidak bebas,î kata Ketua Umum PKR ini.

“Kami tidak minta undi tambahan bagi kaum India, keistimewaan tambahan bagi orang Melayu. Kami hanya menuntut apa yang dijanjikan oleh negara (bagi setiap rakyat),î katanya lagi.

Dalam ucapannya Anwar juga mengecam Barisan Nasional (BN) kerana menghalang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Anwar Ibrahim Sreenevasan daripada memasuki Sarawak sebelum pilihan raya negeri April lalu.

Katanya, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ada mengundang beliau untuk samasama memantau pilihan raya umum di negara itu hari ini.

“Beliau yakin adanya pilihan raya bebas dan adil (di Turki). Di sini, bukan sahaja pihak luar, ketua Bersih juga tidak dibenarkan memantau pilihan raya. Bermakna ada sesuatu untuk disembunyikan,î kata Anwar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.