Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT BILA NAK PILIHANRAYA BARU NAK BUAT KERJA

Panas!! Penipuan SPR Terbongkar Lagi

PAS hari ini mendakwa memiliki bukti sebanyak 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih, kesan daripada kegagalan sistem pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat. “Kita juga sudah pergi berjumpa dengan individu yang dikesan terbabit dan mereka turut mengakui nama mereka tersenarai lebih satu kawasan. “Kita telah berjumpa dengan SPR bagi mendapatkan penjelasan dan mereka mengakui kewujudan apa yang ditemui PAS Selangor ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas pemimpin tertinggi parti di pejabat agung PAS di sini hari ini.


Hussam berkata, pihaknya berikrar akan terus membongkar senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih dari semasa ke semasa. “Ini hanya satu permulaan, kita akan dedahkan senarai nama ini pada mesyuarat pimpinan tertinggi PAS pada 7 Ogos depan,” katanya.

Beliau berkata disebabkan kelemahan sebegini, pihaknya tetap bertegas menolak cadangan sistem biometrik yang hanya menampakkan lagi kelemahan SPR menangani masalah ini dan menghalalkan penyelewengan yang berlaku sekarang termasuk isu pengundi hantu.


Sistem biometrik


Selain menelan belanja kos yang mahal, Hussam berkata sistem biometrik juga dilihatnya sebagai satu cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa sebagai pemerintah dalam pilihanraya akan datang. “Umno-BN semakin terdesak. Talian hayat mereka kini bergantung kepada pengundian berulang kali melalui penggunaan sistem biometrik,” katanya.


Sehubungan itu, beliau sekali lagi menekankan penggunaan dakwat kekal merupakan kaedah terbaik menangani situasi ini, seperti yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). “Kita hairan kenapa Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) bertegas mahu guna sistem biometrik dengan kos yang terlalu tinggi berbanding dakwat kekal,” katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata kawasan Parlimen Titiwangsa yang kehilangan wakil rakyatnya, Almarhum Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada 17 Julai lalu akibat komplikasi kanser paru-paru akan dijadikan kawasan angkat oleh PAS Pusat.


Katanya, Jawatankuasa PAS Pusat bersetuju memilih ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, dan Hussam bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Manakala bagi isu pembangunan Kampung Baru, pihaknya memberi tanggungjawab itu kepada Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu sebagai penyelaras./fmt

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.