Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
KIRALAH BETUL-BETUL ! APA YANG KITA TAHU AHLI UMNO YANG MASIH HIDUP TINGGAL 997,443 ORANG JE YANG LAIN HABIS LARI ATAU DAH MATI




Hide PAS alu-alukan Najib kumpul 3 juta ahli Umno

Posted on Thursday, June 30 @ 20:57:26 PDT by paktam

KUALA LUMPUR, PAS mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang dengan penuh bangga untuk menghimpunkan seramai 3 juta ahli Umno

“Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, sedangkan untuk menghimpunkan 1 juta belia pada 27 hingga 28 Mei lalu pun gagal, yang hanya dihadiri lebih kurang 10 ribu orang sahaja. 

Beliau berkata, pengalaman Umno dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat walaupun mereka membuat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Baginya, apabila Presiden Umno mengaku boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata kerana Umno di era ini bukan ada ruh perjuangan sebaliknya menyertai Umno hanya untuk mendapat benda.

Menurutnya, bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin Umno semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah seperti zaman pemerintahan Umno BN.

Mereka, ujarnya tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus.
Ini, ujarnya boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihan raya, mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat.

“Ia berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat ia hadir dengan jiwa yang tulus dan suci sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang adil,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.