Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pak Lah: Saya ingatkan Ambiga akur nasihat Agong

July 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 minggu lalu untuk memperingatkan beliau agar akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong mencari alternatif daripada mengadakan perhimpunan jalanan di ibu negara.

Abdullah (gambar) telah bertemu dengan Ambiga pada 5 Julai lalu sebelum kepimpinan Bersih 2.0 menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari yang sama.

Bekas perdana menteri berkata beliau mahu mengingatkan Ambiga bahawa Agong telah menitahkan satu kenyataan penting menyentuh isu Bersih 2.0 dan ia harus akur dengan nasihat itu.

“Saya mahu bertemu dengan beliau (Ambiga). Saya mahu mengingatkan beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat satu kenyataan sangat penting,” kata beliau di sini hari ini.

“Saya memberitahu beliau bahawa beliau harus akur dengan apa yang dititahkan (oleh Agong), bahawa kita tidak harus adakan perhimpunan,” kata Abdullah.

Bagaimanapun Abdullah menafikan beliau telah mengaturkan pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Saya tidak mengaturkan apa-apa (pertemuan dengan Agong),” katanya.
 
Abdullah juga berkata beliau tidak bertemu atau bercakap dengan ketua Bersih 2.0 sejak selepas perhimpunan Sabtu lalu.

“Kita tidak memerlukan (perhimpunan) seperti ini lagi,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.