Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Patik Junjung Titah Tuanku!

Posted on Monday, July 04 @ 00:33:32 PDT by tokdalang


Oleh Abu Nabil  
Patik adalah rakyat negeri Terengganu Darul Iman, negeri asal Tuanku juga. Phttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/Tunku-Mizan-300x202.jpgatik sangat prihatin tentang suasana politik negara ini sebagaimana Tuanku juga. Patik sangat menjunjung titah khas Tuanku sempena cadangan BERSIH mengadakan himpunan aman 9 Julai nanti.

Keprihatinan Tuanku sehingga mengeluarkan titah khas ini membuktikan bahawa Tuanku sangat sayangkan rakyat dan negara ini dan mahukan negara ini aman sentosa. Dan itulah juga hasrat patik dan rakyat yang mahu mengadakan himpunan aman ini bagi menyerahkan memorandum kepada Tuanku


Keamanan dan kesentosaan negara ini bergantung kepada perjalanan pemerintahan dan agensi kerajaan di dalamnya termasuklah SPR dan PDRM. Patik menjunjung titah Tuanku yang menyebut bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini. Namun setakat ini, patik dan rakyat sangat dukacita apabila kerajaan menafikan langsung hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan sengaja dilabelkan sebagai himpunan haram sedangkan ia dijamin oleh perlembagaan Malaysia sendiri dalam Perkara 10. Ia juga diakui oleh pihak NGO seperti Suhakam dan lain-lain pertubuhan.

Himpunan ini himpunan aman. Itulah yang ditekankan oleh penganjur BERSIH, termasuk kepimpinan PAS yang menyokongnya. Justru, patik dan rakyat tentunya menolak sebarang bentuk kekerasan dan provokasi dari mana-mana pihak. Demikian juga isu perkauman dan agama yang sengaja ditimbulkan sedangkan isu asalnya ialah pilihanraya yang adil dan bersih.

Patik menjunjung titah Tuanku tentang isu menyuburkan demokrasi. Atas nama menyuburkan demokrasi itulah maka himpunan aman anjuran BERSIH ini dibuat. Tuntutan BERSIH sebanyak 8 perkara itu yang berkait dengan proses perjalanan pilihanraya adalah bagi memastikan demokrasi subur dengan ertikata sebenar di Malaysia tercinta ini agar ia tidak dirosakkan oleh mereka yang berkepentingan peribadi sahaja tanpa mempedulikan hak rakyat dalam menentukan secara sah pemimpin mereka di peringkat tertinggi negara ini.

Patik juga menjunjung titah Tuanku yang mengingatkan supaya kita tidak menjadi seperti negara lain dalam menjaga keharmonian dan kestabilan. Kerana itulah patik merasakan pentingnya pihak berkuasa menyusun dan membantu proses perhimpunan ini agar dapat berlangsung dengan baik tanpa sebarang provokasi. Kalau ada pertandingan lumba basikal peringkat antarabangsa, perarakan sempena hari Kebangsaan dan lain-lain acara, pihak polis dapat menyusun perjalanan lalulintas dengan baik, maka mengapa tidak untuk himpunan aman ini agar ia berlangsung dengan baik dan aman tanpa sebarang perkara yang tidak baik? Inilah yang barangkali diingatkan oleh Tuanku dalam titah itu bagaimana agensi dan jabatan yang terlibat menangani isu ini.

Patik sangat-sangat menjunjung titah Tuanku yang mengungatkan agar kerajaan melaksanakan amanah yang diberikankepada rakyat secara adil dan bijaksana, serta penyelesaian mesti diselesai dengan cara rundingan. Justru, patik sangat kesal dengan pintu rundingan yang telah ditutup oleh pihak keselamatan sedangkan dengan pihak kominis seperti di Baling zaman dahulu pun boleh dibuat.

Patik memahami keprihatinan Tuanku ketika bertitah ‘demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik’ agar niat yang baik itu dapat dibuat juga dengan cara yang baik. Kerana itulah BERSIH mahukan agar penyerahan memorandum ini kepada Tuanku dapat berjalan dengan baik dengan sokongan daripada rakyat yang ramai. Rakyat tidak mahu merusuh. Rakyat tidak mahukan keburukan. Rakyat juga tidak mahu sistem pilihanraya diperalat oleh pemerintah berkuasa untuk kepentingan peribadi dengan mengenepikan hasrat sebenar rakyat. Patik yakin kalau pilihanraya adil berlaku, rakyat senang hati dengan segala keputusan termasuk pemerintah yang baharu yang lebih diyakini boleh memerintah Malaysia dengan lebih aman dan makmur.

Patik menjunjung titah Tuanku ini sambil sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku sebagai payung buat rakyat mengadu hal mereka dan kesejahteraan negara ini dari mereka yang tidak sukakan keBERSIHan hati dan masyarakat, keamanan dan keadilan.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.