Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis nafi guna pemedih mata Israel

Jul 21, 11 10:18am
Kongsi 37
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE"...jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengadakan cerita," katanya kepada pemberita di Langkawi.

Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily semalam.

Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin PKR mendakwa pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan oleh tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.

NONELaporan itu turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Laporan itu juga mendakwa kanister jenis yang sama pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993.

Sehubungan itu, Khalid memberi amaran keras akan mengambil tindakan segera ke atas portal berita parti pembangkang itu yang dianggap berunsur fitnah terhadap PDRM.

Katanya apa yang didakwa di dalam portal berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan menimbulkan kemarahan orang ramai.

NONEBeliau berkata selepas siasatan ke atas portal berkenaan selesai, pihak polis akan segera mengambil tindakan sewajarnya bagi membawa mereka yang sengaja menimbulkan keresahan orang ramai itu mendapat hukuman sewajarnya.

"Saya memberi amaran keras kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini supaya tidak memanaskan kembali suasana selepas semuanya kini sudah tenang. Kita tahu akan ada pihak yang akan memanipulasi maklumat yang terdapat di dalam artikel berkenaan bagi mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Katanya ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang asas dan tidak berdasarkan fakta yang boleh mengganggu ketenteraman awam akan diambil tindakan serta merta.

NONE"Saya akan memaklumkan kepada pegawai saya supaya menyiasat kenyataan yang dikeluarkan dan akan mengambil tindakan ke atas pihak terlibat, termasuk beberapa artikel lain yang berunsur fitnah dalam portal berkenaan.

"Apa yang sudah berlaku sepatutnya menjadi iktibar dan pedoman agar ia tidak berlaku lagi selepas ini. Polis hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Khalid berkata jika didapati portal berkenaan menyiarkan artikel serta berita yang berunsur fitnah yang bertujuan memburukkan keadaan, mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 508B Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menggemparkan dan menakutkan orang ramai.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.