Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rais dakwa himpunan Bersih mahu jatuh imej kerajaan Najib

July 09, 2011
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – Perhimpunan anjuran Bersih 2.0 di ibu negara hari ini bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah mencatatkan pelbagai kejayaan menerusi pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan transformasi ekonomi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata penganjuran perhimpunan haram itu dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.
Katanya, pemimpin pembangkang pula suka sekiranya ada peserta perhimpunan itu yang cedera atau lebih daripada itu agar mudah mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia dan juga membuat tuduhan kepada kerajaan.
Justeru, mereka yang menyertai perhimpunan haram itu diminta berundur dan kewarasan pemikiran tinggi perlu dalam keadaan genting seperti itu, katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata perhimpunan haram di Kuala Lumpur itu perlu dijadikan batu sempadan untuk orang Melayu berfikir tentang masa depan dan tidak mengikut telunjuk pemimpin yang ingin melonjak naik dengan mempergunakan orang lain.
“Saya pelik kenapa orang Melayu khasnya tak rasa kita telah berpecah dalam soal sebegini.
“Ke mana letaknya sayang dan keakuran kita, yang laungkan Islam gunakan sebagai tali Allah dan jangan kita berpecah-belah, tapi kita tidak nampak itu berlaku,” katanya.
Menurut beliau, rakyat sepatutnya sedar ada pemimpin pembangkang kini bertepuk tangan melihat perpecahan berlaku terutamanya di kalangan orang Melayu.
“Orang PAS dan orang Umno bukankah satu agama dan bangsa, ke mana pemikiran diletakkan? Saya nak seru ini sebagai seorang yang dah lama lihat perpecahan dan perjuangan yang serong... balik ke meja perundingan.
“Jangan ikut sangat Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu pergolakan berlaku ataupun Ambiga (pengerusi penganjur perhimpunan haram itu Datuk S. Ambiga) yang tak ada kepentingan perjuangan, senang jadi Si Kitol seperti dalam sejarah Melayu,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

PANTAT ANJING punya pak menteri,dia ni kaki mengampu nak mampus, kalau pm suruh jilat buntut pun dia jilat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.