Salahkah Rakyat Menuntut Sebuah Pilihanraya Yang Bersih ? |
Posted on Monday, July 11 @ 01:49:19 PDT by paktam
Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Insiden kekejaman Polis terhadap rakyat yang berarak secara aman menuju ke stadium Merdeka pada 9 Julai lalu telah meyakinkan rakyat bahawa polis di Malaysia dikuasai oleh UMNO demi memelihara kuasa pemerintahan BN di Putrajaya. Terdahulu pembakang dan banyak NGO menyatakan fenomena perhambaan ini dikalangan bukan hanya polis tetapi agensi dan institusi lain yang diperkakasalatkan oleh UMNO untuk tujuan sama.
Gambar dan video yang tersebar meluas seluruh dunia kini membuat Najib cukup gelisah, kenyataan KPN Tan Sri Ismail terbukti membohongi rakyat dan dia masih dalam maya penafian. Cerita dalam Fb, blog. tweet dan media sosial lain telah cukup utk memboktikan situasi sebenar apa yang terjadi di Kuala Lumpur pada petang sabtu 9 Julai 2011.
Semua ini telah meraih simpati dikalangan rakyat serta kebencian yang amat sangat terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan polis yg diperintah menzolimi rakyat dgn sekatan jalan, semburan asap pemusnah pernafasan dan penglihatan termasuk simbahan air asid yang menyiksakan dan kemungkinan membawa maut.
Ini semua adalah bab kezoliman yang terpaksa dibayar oleh setiap anggota polis termasuk ketua-ketua dan menteri mereka. Mereka juga turut berasa pedih dan sakit bahkan lagi berlarutan dan kesan jangka panjang. Mereka juga ada anak bini , cucu dan keluarga yang akan menanggung pembalasan dari Allah swt dek kezoliman yang mereka lakukan terhadap rakyat.
Pengalaman bekas-bekas anggota polis yang membuat tindakan kejam dan menzolimi rakyat yang mana mereka mengalami lumpuh, hilang akal, kesakitan,kluarga porak peranda serta lain-lain tanggungan adalah bayaran azab dari Allah semasa didunia ini lagi.
Tapi masih ramai anggota polis yang tidak sedar. Saya nak menyalahkan anggota polis semata-matapun tidak, kerana mereka menerima arahan walaupun mereka tak sampai hati nak buat tembakan kepada rakyat. Tapi apa bolih buat? Dilema ini jugalah yang ditanggung oleh kakitangan kerajaan di SPR, SPRM, Jab. Kehakiman, Jab. Peguam Negara, Jab. Pendaftaran Negara dan lain-lain yg terpaksa mengalami penderitaan ini. InsyaAllah belenggu ini mesti dibebaskan agar semua rakyat termasuk kakitangan kerajaan melaksanakan kerja mereka tanpa paksaan atau bertentangan dengan naluri jiwa murni iaitu keadilan dan membuat makruf.
Cumanya himpunan Bersih2.0 telah berjaya menanamkan sifat konfiden dan berani serta meningkat daya juang rakyat utk menegak keadilan. Sifat berasa cukup bersalah dan menyesal dikalangan anggota PDRM kerana mendera dan menzolim rakyat akan mereka rasai.
Penyatuan rakyat berbilang kaum dan latar belakang yang mahukan pilihanraya dilaksanakn secara murni bersih dari penipuan dan pembohongan. Mengetahui sifat sebenar Najib, Hishamuddin, KPN dll yang terlibat dalam kezoliman itu.
Kalangan pimpinan UMNO BN, ketua dan anggota polis, spr, sprm dll mereka juga ada saudara mara, sahabat taulan yang turut serta dalam himpunan aman Bersih 2.0 tersebut! Mereka mengetahui situasi sebenar serta kenyataan bohong yang dibuat oleh KPN. Puan Marina Mahathir yang hadir bersama anak dan rakan-rakanya melihat sendiri bagaimana Hospital Tung Shin dipancut dgn gas beracun dan semburan air kimia, tetapi dinafikan oleh KPN dan Amar singh tanpa rasa malu dan bersalah.
Apapun Bersih3.0, Bersih4.0 sedia menunggu menanti. Kita kepingin melihat zaman dan era mendatang yang mana KPNnya nanti akan mengumumkan dalam TV jalan-jalan di KL yang akan disediakan oleh POLIS utk laluan rakyat berhimpun secara aman.
Dikala itu buah benih demokrasi mula terlihat, pelancung bertambah, perniagaan disepanjang jalan dan lokasi berhimpun menjadi laris dan maju, hubungan antara kaum menjadi paling rapat kerana kita ada temasya atau himpuanan rakyat di KL secara berkala. Bila agaknya ya? Maka mana salahnya rakyat menuntut agar pilihanraya ke 13 ini bebas dan bersih supaya kerajaan yang adil dan berperikemanusiaan dapat dipilih mereka! Susah sangat ke 8 cadangan pembersihan pilihanraya itu dilaksanakan?
Semua tuntutan itu adalah munasabah. Jangan sampai nanti pembohongan yg dilakukan SPR semasa PRU 13, semata menjadi perkakas kpd UMNO BN, akan menjadi penyebab rakyat bangun dan bangkit menolak kerajaan yang ditentukan kemenangan oleh SPR!
Ya Allah, selamatkan Malaysia dari menjadi sebegitu. Pulihkan demokrasi dinegara ini dan masukan sifat gerun dan takut kepada MU diatas penipuan dan pembohongan yang akan mereka buat dlam PRU 13 nanti, Ya Allah, Engkau elakan lah negara ini dari terjerumus kelembah kebinasaan oleh kezoliman UMNO BN. "walaa tarkanuu ilallazi na zolamu, fatamasakumunnar". wasalam
http://kamparinn.blogspot.com
0 orang berkata:
Post a Comment