Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO PERKASA MAINKAN PERKAUMAN PALING DAHSYAT

Mahathir dakwa perkauman buruk selepas Pakatan lahir

July 02, 2011
SEREMBAN, 2 Julai – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perkauman di Malaysia menjadi lebih buruk selepas kelahiran Pakatan Rakyat (PR) susulan pilihan raya umum 2008, menyebabkan begitu banyak kenyataan berbaur perkauman muncul.

Sebaliknya menurut bekas perdana menteri (gambar), sistem integrasi unik di kalangan pelbagai kaum yang dibawa kerajaan pusat memerintah telah membawa kepada kejayaan Malaysia.

“Saya telah memantau dan kita kena ingat bahawa sekarang hubungan antara kaum menjadi semakin buruk, lebih teruk daripada dulu. Pakatan Rakyat lahir, tetapi pada umumnya, lebih banyak kenyataan perkauman wujud,” kata Dr Mahathir.

Gesaan pembangkang agar dibawa perubahan, kebebasan dan mematahkan sempadan perkauman di kalangan parti-parti politik, kata beliau, tidak semestinya melahirkan hasil yang dihasratkan dan diterima oleh pelbagai komuniti.

“Perubahan tidak semestinya menjamin kita manfaat. Jika kita berubah dan cuba untuk bekerjasama tanpa mengiktiraf kaum, dan kita ada parti-parti politik yang bergabung, yang tidak mengiktiraf kaum, adakah kita akan berjaya?” soal beliau.

Dr Mahathir, yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun menekankan bahawa formula BN merupakan cara terbaik untuk ke depan kerana ia membolehkan setiap kaum mengekalkan identiti-identiti unik sementara pada masa yang sama menghormati hak orang lain.

Katanya, asimilasi kaum tidak akan berjalan dengan baik di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat.

“Ada sedikit asimilasi di sini, seperti orang Arab, India dan Indonesia yang datang ke sini dan menyesuaikan diri mereka dengan komuniti Melayu. Tetapi kaum-kaum lain, mereka hendak mengekalkan identiti mereka dan kita membenarkan hak untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Kata beliau, kurangnya asimilasi telah mencetuskan sikap cemburu dan konfrontasi tetapi ini diselesaikan menerusi kerjasama unik BN.

Dr Mahathir juga berkata masalah-masalah perkauman tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka dan mahu rakyat menolak pemimpin-pemimpin yang menggunakan soal perkauman sebagai alat politik mereka.

Kemudian pada sidang media yang diadakan, Dr Mahathir mempertahankan isu-isu berbaur perkauman yang seringkali dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Jelas Dr Mahathir,  Ibrahim menggunakan retorik seumpama itu untuk membawa perjuangannya kerana adanya gesaan daripada pembangkang untuk menghapuskan keistimewaan Bumiputera.

“Disebabkan sikap liberal ini ramai mula membangkitkan isu-isu perkauman. Antara tuntutan pertama ialah Dasar Ekonomi Baru dimansuhkan dan kita tidak harus memberikan layanan khas kepada orang Melayu,” katanya.

Katanya orang Melayu mula rasa tergugat dengan gesaan-gesaan sedemikian, menyebabkan pemimpin seperti Ibrahim bangkit untuk mempertahankan hak-hak yang mula terhakis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.