Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Pewaju mengecam Pemuda UMNO, PERKASA dan polis

Posted on Saturday, July 02 @ 04:51:08 PDT by tokdalang


Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) mengutuk sekeras-kerasnya dengan perkara wartawan diserang dan diancam oleh Pemuda UMNO dan PERKASA dalam demonstrasi kelmarin.  Pewaju juga rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat

Dalam satu demonstrasi telah dijalankan bawah pimpinan peniaga KOMTAR yang Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi sepanjang masa perjalanan.  "Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis.  Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?"

Pewaju berasa bahawa wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputa berita yang paling tepat kepada masyarakat.  Maka, wartawan memerlukan tingkat kerjasama yang paling tinggi dalam proses membuat liputan atau dengan gangguan yang paling minima.

Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda UMNO yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi "kau nak berenang di bawahkah?", dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak warwatan ke dalam laut.  Perkara yang lebih teruk berlaku apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartwawan tersebut dan mengacaunya dengan bendera.  

Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama.  Perkara ini adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan.

Selain itu, Pewaju juga mengutuk pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya  semasa bertindak dalam demonstrasi yang berunsur keganasan ini.  Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik.

"Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelum nya?"

Pertanyaan Pewaju juga timbul apabila polis mengambil tindakan yang tegas terhadap himpunan Bersih2.0 sebelum ianya dijalankan tetapi jelasnya membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas ini.  Adakah ini double standard polis semasa menguatkuasa?

Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara.  Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan.

Kini dua wartawan telah membuat laporan kepada polis pada kelmarin juga, Pewaju mendesak pihak polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

*Kenyataan akhbar daripada Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.