Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA DAH JADI SPR NIH ?

Wednesday, August 3, 2011


Dalam satu sidang media tergempar sebentar tadi di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa terdapat lebih 1,000 pengundi yang berdaftar melalui cara "Mismah-Gate"!

"Mismah-Gate" merujuk kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didaftar sebagai pendatang yang sah kemudian diberi taraf penduduk tetap (Permanent Resident - PR) dan dalam masa beberapa jam mereka akan diberi taraf WARGANEGARA MALAYSIA!!


Salahuddin mendakwa, selain Mismah yang berjaya "dikesan' menjadi warganegara hanya dalam tempoh EMPAT jam, ada juga laporan "print screen" dari daftar pemilih dari pelayan (server) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang hanya memerlukan masa selama DUA JAM SAHAJA!!

Sidang media yang turut disertai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sivarasa Rasiah turut memperolehi pelbagai bukti sahih menafikan kenyataan SPR sendiri yang menuduh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)mengalami "kegagalan teknikal" beberapa jam lalu!

Salahuddin mendesak sekiranya Najib Altantuya berani memanggil pilihanraya umum ke 13 dalam waktu terdekat, beliau dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan mendedahkan siapa dalang di sebalik penipuan yang cuba disembunyikan di sebalik program pemutihan pendatang yang sedang giat dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri di bawah sepupunya, Hishamuddin Hussein.

Kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak supaya Najib Altantuya mengadakan sidang Parlimen tergempar berhubung perkara ini, atau berdepan dengan satu lagi protes besar-besaran oleh rakyat selagi pendedahan mengejutkan ini tidak diselesaikan!!

LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.