Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hancur wang negara !



PKR: Kerajaan BN perlu jelaskan perlantikan Syarikat Britain untuk Kempen Media Haram

Nik Nazmi Nik Ahmad | Aug 03, 2011 11:13:25 am


 
Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.

Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. 

Ini berikutan pendedahan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009 sementara RM42 juta lagi dibayar untuk "Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach" mengikut bajet tambahan terkini.

Dokumen-dokumen Kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategic menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak juga mesti menjelaskan mengapa mereka telah memilih taktik terdesak membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk terbabit di dalam kempen media secara haram.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.

**Laporan Sarawak Report boleh diakses di sini: http://www.sarawakreport.org/2011/08/taib-paid-out-5-million-to-attack-sarawak-report-international-expose/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.