Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH LAMA TUNGGU BENDA NIH, DR MOHD PUAD ZARKASHI BARU BANGUN TIDUR

Jenayah Aqidah? Laksanakan Hudud dan Qisas


  
KUALA TERENGGANU – Pas mempersoalkan cadangan mewujudkan Akta Jenayah Akidah bagi tujuan mengelak murtad sama ada ia sesuai atau tidak dengan kehendak syariat Islam.


Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, walaupun menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga akidah umat, namun akta tersebut perlu diberi perincian untuk memastikan ia benar-benar selari mengikut syariat yang telah ditetapkan.


“Dalam undang-undang yang ada di Malaysia, tiada menyebut sebarang hukum berkait dengan murtad.


“Kita tidak tahu apa isi kandungan berdasarkan akta yang dicadangkan itu sama ada ia menepati syariat atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian.


Bagaimanapun katanya, Pas tidak menolak hasrat tersebut yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah dalam usaha menjaga akidah umat Islam,” katanya.


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentangkan di Parlimen bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.


Beliau berkata, akta itu diperlukan untuk membendung gejala murtad, malah usaha memesongkan akidah orang Islam itu seolah-olah bukan rahsia lagi.


Dalam masa sama, walaupun menganggap cadangan tersebut baik, Abu Bakar menegaskan ia bukan isu baru kerana Pas sendiri sudah lama memperjuangkan hukum hudud dan salah satunya untuk memerangi gejala murtad.


Bagaimanapun, be-liau mendakwa kerajaan belum berhasrat melaksanakan syariat Islam apabila ia tidak diberi perhatian dan sering memberi jawapan yang tidak meyakinkan


“Kalau mereka melihat kepentingan menjaga akidah umat Islam, sudah tentu perkara yang begitu lama diperjuangkan Pas dilaksanakan terutama berhubung hudud dan qisas.


“Apabila kita panjangkan isu ini, mereka (kerajaan Persekutuan) beri pelbagai jawapan seperti akan mengkaji secara mendalam, akan ambil cada-ngan untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan dan ada juga jawapan bahawa ia tidak sesuai dengan negara kita,” katanya.


Beliau berkata, Pas yang masih kukuh dengan perjuangan untuk mengembangkan syiar Islam pernah menggubal undang-undang jenayah di peringkat negeri sesuai dengan syariat Islam ketika memerintah Terengganu pada penggal 1999-2004.

AKTA JENAYAH AKIDAH ?

PTUIIIIH ? Bukan apa , bulan posa tak boleh telan air liur yang dah nak kwar ! Opppph ? Dr Mohd Puad Zarkashi kata perlu diujudkan AKTA JENAYAH AKIDAH ? Rakyat fahamkah apa itu akidah ? Kita adakan akta itu tanpa memberikan kepada rakyat faham apa itu akidah ? Dr jangan jadi bangang ! dalam negara ini  pelajaran Tauhid, usuluddin, akaidul Iman dan yang berkait dengannya telah lama dikuburkan oleh pemerintah yang ada, jadi apa heran dengan PERKARA MURTAD ?


Dalam negara ini ramai yang telah murtad secara gelap, secara terangnyapun ada akan tetapi jabatan agama atau mahkamah tak benarkan sebab takut maruah perundangan islam di Malaysia ini nanti jatuh kemaluan mereka


Orang yang telah murtad wajib dihukum bunuh selain dari bunuh tidak ada dan bukan hukum murtad, itu  mengikut agama islam, tak tau la jika agama melayu ! boleh meringankan dari hukum BUNUH namun  selain hukum bunuh itu jangan kaitkan dengan murtad dan islam

APA ITU MURTAD ? 

ORANG YANG TELAH MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH atau orang yang berketurunan islam yang mengucapkan syahadah kemudian telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kekafiran maka ia telah murtad, diantara yang menyebabkan seseorang itu murtad  ialah:

*  Sujud kepada berhala-berhala secara sukarela
*  Menghina sesuatu yang dilarang oleh agama (yang ini jadi mainan pemimpin negara)
*  Mengucapkan sesuatu ucapan yang diucapkan  oleh orang kafir (ucapan kekafiran) kemudian kita pula mengucapkannya
*  Mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah atau menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah
*  Bersumpah dengan tidak menggunakan nama Allah, umpamanya Demi bulan, bintang, atau matahari atau demi UMNO (maaf ini telah diucapkan oleh manusia kerana terlalu ghairah)

MURTAD ADALAH KAFIR YANG PALING KEJI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.