Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DULU LUPA !


Dulu mengapa tak ingat nak tambah menteri India, mengapa baru sekarang?

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) melihat pelantikan Presiden MIC Datuk G Palanivel sebagai menteri kedua daripada kaum India dalam kabinet hanyalah untuk memancing undi kaum itu yang mula menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Timbalan Pengerusinya, N Balasubramaniam (gambar) berkata, sudah begitu lama kaum itu diwakili hanya oleh seorang menteri dalam kabinet kerajaan sehinggalah berlaku perubahan sokongan kepada pembangkang.

“Dulu mengapa tak ingat nak tambah menteri India, mengapa baru sekarang?” soalnya ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.

Balasubramaniam yang juga Pengerusi DHPP Pahang berkata, pertambahan satu menteri bukan bermakna membawa pembaharuan kepada kaum India tetapi sebaliknya Palanivel sendiri yang naik pangkat.

“Kalau kita tengok berlaku swing sehingga 70 peratus undi kaum India kepada Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu ialah kerana mereka sedar kebajikan mereka tidak lagi dibela oleh BN melalui MIC.

“Orang India merupakan lebih kurang 7 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1.8 juta. Kebanyakan mereka masih berada di estet atau di pinggir bandar yang masih perlukan bantuan kebajikan dan sebagainya.

“Kalau masyarakat India diberi penempatan seperti tanah, rumah atau sebagai contoh kalau kerajaan beri dana RM50 juta untuk masyarakat India, ia mungkin ada perubahan sedikit.

“Tetapi yang dapat hanyalah menteri. Itu bermakna hanya kenaikan pangkat Palanivel iaitu dulu timbalan menteri sekarang jadi menteri,” ujarnya.

Menurut Balasubramaniam, orang India juga perlukan tanah sama ada untuk tempat tinggal atau bercucuk tanam.

Beliau menceritakan, baru-baru ini ketika Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob datang ke Jerantut, ada ketua cawangan MIC yang minta selesaikan masalah pemohonan tanah yang diusahakan oleh sejak zaman bapa mereka tetapi belum lulus.

“Bukannya orang India minta tanah baru, tapi tanah yang telah lama mereka usahakan. Begitu juga dengan masalah kebajikan kaum,” ujarnya. –Harakahdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.