Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGHINA MAHKAMAH

Rabu, 3 Ogos 2011

Anak Taib Mahmud Berdepan Prosiding Hina Mahkamah

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Shahnaz A Majid untuk memulakan prosiding menghina terhadap bekas suaminya, yang juga anak lelaki Ketua Menteri Sarawak.

Ini ekoran kegagalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib untuk mematuhi tuntutan bekas isterinya, Shahnaz (kiri), berhubung perintah mengenai harta sepencarian, yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Jun.

Tiada tempoh masa ditetapkan dalam perintah tersebut. Bagaimanapun, Perintah 135 Prosedur Sivil Mahkamah Syariah menyatakan jika tiada tempoh masa diberikan, maka ia hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah tersebut.

Ekoran ianya tidak dipatuhi, maka prosiding menghina mahkamah akan didengar pada 12 September depan, setelah Hakim Mohd Amran Mat Zain membenarkan permohonan tersebut hari ini.

Permohonan tersebut dibuat oleh peguam Dr Shahnaz Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader hari ini. Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut harta sepencarian bernilai RM400 juta. Rafie berkata sudah lebih sebulan sejak sesi yang lalu dan mereka masih lagi belum menerima dokumen-dokumen yang perlu mengenai harta sepencarian tersebut.Malaysikini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.