Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAFI ADA RUNDINGAN LOMPAT DENGAN KU LI

Anwar sahkan ada temu Ku Li, tapi tidak sentuh soal lompat parti

August 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pernah bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebelum dan selepas pelan 16 September 2008 beliau gagal tetapi menafikan ada memujuk agar pemimpin veteran itu menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pusat. 
 Ketua Pembangkang ini menafikan maklumat kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang didedahkan Wikileaks bahawa beliau terus berusaha untuk mengambil alih Putrajaya menerusi strategi melompat parti dengan sokongan Tengku Razaleigh, ketua Umno Gua Musang.

Anwar (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan satu rahsia, sebaliknya hanya membincangkan “isu-isu politik.”
“Ada pertemuan, ia memang diketahui umum. Saya ada bertemu dengan beliau  (Tengku Razaleigh) sebelum dan selepas 16 September (2008).

“(Tetapi) kami bertemu beliau sebab beliau mahu mengetahui mengenai isu, isu-isu politik,” kata Anwar tetapi berulang kali menegaskan, tiada perbincangan mengenai sebarang usaha melompat menyertai Pakatan  Rakyat.

“Tidak, tidak macam itu. Bukan dalam bentuk itu,” tambah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.
Kabel diplomatik itu berkata usaha Anwar bukan sesuatu yang meyakinkan sebab Tengku Razaleigh juga dikatakan bercita-cita mahu menjadi perdana menteri.

Anwar juga mendakwa beliau telah berhubung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri ketika itu, menerusi menantunya Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau. “Tidak, apa yang dilaporkan (oleh kabel diplomat) tidak betul. Tiada asas,” kata beliau lagi.
 
Dalam komennya kepada The Malaysian Insider petang tadi, Khairy menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Abdullah sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Khairy menegaskan beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik AS.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai “sebahagian daripada legasi Abdullah.”

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.