Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAHRIN DISUMPAH JADI SAMPAH

Isu Anwar-Ku Li: Nik Aziz sifatkan Zahrain sampah

August 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai “sampah” kerana mengaitkan beliau dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.

Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya. “Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang,” kata beliau di Kota Baru semalam mengulas kenyataan Zahrain kelmarin, menegaskan pertemuan antara Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Zahrain mencabar Nik Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota dalam laman sosial facebook.

Menurut Zahrain, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu tersebut.

Selasa lalu, Nik Aziz dalam laman facebook beliau menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu “lawak jenaka.”

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan itu menafikan laporan sebuah blog bahawa beliau menghidap sejenis barah yang sukar dirawat sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan.

Sebaliknya, Nik Aziz mengakui pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan berhubung tiga saluran jantungnya yang tersumbat serta melakukan pemeriksaan kolesterol dalam badan.

“Saya cuma ada tiga saluran tersumbat. Saya pergi baru-baru ini untuk rawatan, tiga bulan sekali saya pergi. Alhamdulillah kolesterol pun baik, turun. Saya gurau dengan doktor, eh musim durian kolestrol turun, jadi dakwaan itu tidak betul,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.