Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADEEH ! ROSMAH SUAMI AKAN DITANGKAP PULAKKKK !

|

Perintah Sapina: Najib, Rosmah terpaksa hadir ke mahkamah atau dikenakan waran tangkap

WarkahDaily – Menurut peguam Sankara Nair kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah telah mengeluarkan perintah sapina untuk berbuat demikian.

Menurut Sankara, notis sapina yang dikeluarkan terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga telah diterima pasangan suami isteri itu.

Sebelum ini, peguam bela Anwar telah meminta Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi untuk memberi keterangan dalam kes berkenaan. Namun pasangan kontroversi itu hadir ke mahkamah secara bersembunyi bertemu dengan peguam Anwar namun mereka berdua dilaporkan enggan ditemubual dan menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat itu.


Walau bagaimanapun, pada Jumaat lepas, pasangan itu telah diberikan notis sapina oleh peguam Anwar untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan.


Selepas disapina, jika Najib dan Rosmah juga enggan hadir ke mahkamah, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap mereka, jelas seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh.


Namun Sankara memberitahu, polis telah memaklumkan kepada bahawa Najib mahukan notis yang singkat untuk hadir ke mahkamah.


“Kalau kita bagi notis dalam masa yang singkat, mereka (Najib dan isteri) akan datang ke mahkamah.


“Notis itu akan diberikan kepada polis dan polis akan memaklumkan mereka mengenai kehadiran ke mahkamah,” kata Sankara di luar perkarangan mahkamah Jalan Duta, pada hari ketiga pembelaan Anwar.


Dipetik dari
Keadilandaily, notis yang sama turut dikeluarkan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof untuk memberi keterangan dalam kes melibatkan Anwar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.