Natasha -Pondan Punca Lelaki Perlis Disimbah Asid
06 September 2011
NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.
KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.
Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.
Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.
Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas. -Kosmo
EkEle :Kini jenayah menyimbah asid ada di mana-mana, takut kita dibuatnya. Kes simbah asid yang berlaku di Perlis serentak dengan yang dilaporkan di Sabah. Berita pertama yang akan dilaporkan, penyerang yang tidak dikenali, kita akan menjadi semakin takut!! Selepas itu berita-berita lain menyusul.
Apa yang kita perolehi, tidak ada kes yang menyebut, tak pasal-pasal seseorang itu disimbah asid, mesti ada penyebabnya. Cemburu, menyakitkan hati orang lain adalah puncanya. Ia tidak akan berlaku sekiranya tidak bersebab. Kita juga perlu waspada dan tidak mencari musuh dan tidak membuatkan orang lain berdendam dengan kita. Ini kerana Allah itu taklah zalim seperti yang kita sangkakan untuk memeranakan hambanya!!
0 orang berkata:
Post a Comment