Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DULU DIA KATA MACAM-MACAM KAT BN SEKARANG BN TETIBA WANGI SANGAT

 

Friday, September 23, 2011


Zaid Sedang Intai Peluang Kembali Kepada UMNO ??

Friday, September 23, 2011 - Sensasi: Sandiwara Isu Krisis Dalaman Parti KITA Mungkin Jadi Taktik Licik Zaid Ibrahim Kelirukan Rakyat Untuk Beliau Kembali Ke Pangkuan UMNO.

Seperti yang dijangka oleh ramai pihak, kemungkinan mantan Menteri Dalam Negeri yang kini merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Datuk Zaid Ibrahim (foto) bakal kembali kepada UMNO dalam masa terdekat ini.

Ia berikutan beberapa "taktik licik" beliau untuk mengaburi mata rakyat dengan melakukan helah "perang dingin" sesama "orang kuat" parti baru-baru ini. Sandiwara pergolakan dalaman itu dilakukan bagi memudahkan KITA dikuburkan dan Zaid kembali bersama UMNO sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Baru-baru ini, parti yang ditubuhkan Januari lepas, dikatakan bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC.

Tindakan memecat tiga anggota CWC setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Malah, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah dikatakan akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

Sekali pandang, memang rakyat melihat Zaid akhirnya teraniaya. Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dia kemudian cuba untuk menjadi "jaguh seperti Anwar" dengan "menakluki" parti kecil seperti Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebenarnya.

Zaid Sedang Intai Peluang Kembali Kepada UMNO

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu akhirnya menubuhkan parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada awal Januari tahun ini. Keputusan drastik Zaid keluar PKR menerusi blognya dan kemudian memecat ahli CWC parti KITA menerusi SMS membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena kepada bekas Calon PKR di Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.

Nampak benar, beliau bukanlah seorang tokoh pemimpin yang berwibawa untuk berjuang membela rakyat. Apa yang lebih dikejarnya ialah "pangkat dan jawatan". Biar pun dia mecipta sejarah sebagai satu-satunya Menteri di Malaysia yang meletakkan jawatan ketika "masih berkuasa", namun kini Zaid nampak begitu kecewa dengan keputusan beliau dulu.

Beliau sangka dia boleh disanjung sebagai "hero" seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun semua itu meleset. Akhirnya Zaid Ibrahim mencatur semula peluang untuk kembali kepada UMNO selepas melihat partinya sekarang "KITA" tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Malah, KITA dilihat tidak mempunyai harapan langsung untuk mendapat undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

Jika adapun, mungkin ramai calon mereka akan "hilang wang pertaruhan" jika KITA terus menyertai PRU-13 menerusi pertembungan tiga penjuru. Maka akhirnya, Zaid terpaksa mencari jalan terbaik untuk beliau kembali kepada UMNO. Bagai "bulan jatuh ke riba", peluang yang dinantikan Zaid akhirnya tiba bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Tindakan Najib itu, memberi ruang terbuka untuk beliau kembali kepada UMNO. Tambahan pula, ketika dia meletak jawatan dan meninggal parti itu, isu tentang ISA adalah antara punca yang menjadi faktor utama tindakan drastiknya dulu.

Zaid Di Uji Sebelum Di Terima Semula Sertai UMNO

Najib dan kepimpinan UMNO tidak semudah itu mahu menerima semula Zaid Ibrahim. Beliau harus diuji kesetiaan dan keikhlasannya untuk "kembali ke pangkuan UMNO". Akhirnya Zaid mencari jalan agar dia dipecat oleh KITA, agar rakyat tidak nampak yang dia bersalah.

Di atur strategi kononnya KITA bergolak agar "skrip nampak lebih real". Dalam masa yang sama dia juga mengeluarkan kenyataan memuji Perdana Menteri yang bertindak berani memansuhkan ISA, kerana itulah yang diperjuangkan ketika meninggalkan UMNO dan kerajaan. Kini, satu lagi ujian terakhir yang mungkin diuji kepada Zaid Ibrahim. Beliau mesti meyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN pimpina Najib harus dikekalkan kerana sudah melaksanakan segala pembaharuan termasuk memansuhkan ISA.

Lantaran itu jugalah, Zaid khabarnya akan mengadakan jelajah demokrasi KITA ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong usaha Perdana Menteri, menyelamatkan demokrasi di Malaysia. Aalasan kukuh beliau berbuat demikian sudah pastilah berkenaan pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah.

Dalam satu kenyataan semalam, Zaid mengatakan adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat dalam negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar itu. Kononnya tanpa pemahaman yang mendalam, maka rakyat Malaysia boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang menentang transformasi berkenaan.

[Beliau dikatakan telah menubuhkan urusetia jelajah tersebut dalam usaha membantu Perdana Menteri mendapat kembali sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik kononnya transformasi yang dibuat oleh Najib itu mendatangkan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Atas kesedaran inilah dan bagi memastikan usaha murni Perdana Menteri tidak tergendala, parti KITA pimpinan Zaid akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu ini. Beliau kononnya akan memberi penerangan tentang persoalan bagaimana negara dan rakyat akan mendapat manfaat daripada transformasi itu nanti.

Khabarnya jadual jelajah KITA itu akan bermula di Pasir Putih (27 Sept), Kota Bharu (28 Sept), Jerantut (2 Okt), Petaling Jaya (4 Okt), Kapar (6 Okt), Bangi, Selangor (9 Okt), Seri Andalas (14 Okt), Kota Kinabalu (17 Okt), Sungai Petani (20 Okt) dan Kelana Jaya (26 Okt). Bukankah, ini adalah satu usaha terdesak Zaid dalam meraih kembali kepercayaan Najib terhadap beliau sebenarnya.

Hasil usaha gigih beliau ini, sudah pasti akan membolehkan dia diterima semua ke dalam UMNO dan kemungkinan besar dilantik semula ke dalam kabinet atau setidak-tidaknya menjadi calon BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Inilah yang diharapkan oleh Zaid Ibrahim pada masa ini sebenarnya. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima penjelasan dan penerangan oleh Zaid ini?. Karier politiknya pasti akan hancur dan "busuk sebusuknya" jika dia "U-Turn" dalam masa terdekat ini. Apapun, syabas buat Zaid kerana pandai untuk bermain politik seperti ini].

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.